Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.kit] | بربوکيت

Definisi : mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.kit] | بربوکيت

Definisi : ada bukitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbukit

Puisi
 

Labuan tidak berbukit,
     Adalah bukit di Batu Arang;
Kenang tuan bukan sedikit,
     Darilah dulu sampai sekarang.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRAIRI

Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit,

terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi.

Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang

rata di Barat Tengah Amerika memerikannya

sebagai “lautan rumput”. Angin bertiup lembut ke

arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di

sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi

daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan

ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar

prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan

oleh aktiviti manusia.

UMUM 
DATARAN HAKIS

Dataran hakis, suatu ketika merupakan

kawasan berbukit dan bergunung-ganang tetapi

kini hampir menjadi rata akibat hakisan. Dataran

hakis terbentuk di kawasan beriklim lembap.

UMUM 
DERBYSHIRE

Derbyshire, terletak di tengah England,

merupakan kaunti yang berbukit, berlurah,

bertanah moor dan sungai yang mengalir deras.

UMUM 
OTTAWA

Ottawa , Ontario ialah ibu negara Kanada. Ottawa

terletak di kawasan berbukit yang beralun di

tebing selatan Sungai Ottawa, kira-kira 193

kilometer di barat Montreal. Taman yang menarik,

bangunan kerajaan yang mengagumkan, dan jalan

raya yang mempunyai pemandangan yang cantik

menambahkan lagi keindahan bandar ini.

UMUM 
NAGALAND

Nagaland ialah negeri di timur laut India. Negeri

ini terpencil dan berbukit, terletak di selatan

sungai Brahmaputra dan Myanmar di bahagian

timur. Pada ketika dahulu negeri ini lebih dikenali

dengan suku kaumnya yang suka berperang dan

pemburu kepala sehingga awal tahun 1900-an.

UMUM 
MONGOLIA

Mongolia ialah sebuah negara yang terletak di

antara China dan Rusia di timur-tengah Asia.

Mongolia ialah sebuah negara berbukit bukau,

tanah tinggi rata dan banjaran gunung yang tinggi

meliputi kebanyakan permukaan negara itu. Gurun

Gobi yang sejuk memenuhi kebanyakan bahagian

tenggara Mongolia. Suhunya biasanya terlalu sejuk

atau terlalu panas dan hujan turun sangat sedikit

semasa ribut musim panas yang jarang berlaku.

UMUM 
BUKIT GOLAN

Bukit Golan ialah kawasan berbukit-bukau di

penjuru barat daya Syria. Cerun baratnya yang

curam, menghadap ke Laut Galilee dan Sungai

Jordan di Israel.

UMUM 
SHEFFIELD

Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200)

ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah

England. Bandar raya ini terletak di kawasan

berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan

Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai

sebuah bandar raya perindustrian yang penting,

Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk

pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan

logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri,

iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain

terkenal pada peringkat antarabangsa.

UMUM 
PULAU KUNDURPULAU KUNDUR, pulau terbesar di Kepulauan Karimun, Indonesia. Pulau ini berbukit-bukau dan tanah-tanihnya terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat. Walaupun terdapat bijih timah di pulau ini, jumlahnya adalah sedikit dan digunakan untuk keperluan tempatan sahaja. Penduduk pulau ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan Orang Laut.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SEMENANJUNG BATAAN

Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk

Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau

terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung

Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina

bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan

angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas

MacArthur telah berjaya mengundurkan askar-

askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit-

bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di

semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar

Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka

telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus

daripada sebarang bantuan.

UMUM 
12

Kembali ke atas