Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) bulu-bulu, pianggu jantan, Pellacalyx axillaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : ada bulunya: Dadanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbulu

Puisi
 

Terung asam terung berbulu,
     Mari ambil buat kerabu;
Jangan tuan salah keliru,
     Nak cari umbut terkena buku.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah"nya" digunakan untuk haiwan? Contohnya, Si Comel berbulu lebat. Bulunya lembut seperti kapas.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.
Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
Tatabahasa30.07.2015
Apakah tebal boleh dipakai untuk menggambarkan kondisi bulu haiwan?Boleh. Contoh ayat, Beruang itu besar, berbulu tebal dan berekor kontot.Lain-lain30.08.2021
Furry fandom dan funny animal adalah istilah yang digunakan untuk genre cerita berunsurkan haiwan seperti Mickey Mouse dan Goofy. Adakah sesuai saya terjemahkan sebagai "fandom berbulu" dan "haiwan kelakar" atau biarkan sahaja istilah itu dan digunapakai dalam penulisan Bahasa Melayu? Kemudian terangkan sahaja dalam konteks yang akan ditulis nanti?Belum ada lagi istilah dalam bahasa Melayu untuk Furry Fandom dan funny animal.  Tuan/puan boleh menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris untuk penulisan bahasa Melayu tetapi perlu ditulis dalam huruf condong (italic). Kemudian terangkan maksud istilah itu dalam konteks yang akan ditulis.Istilah18.06.2017
Adakah perkataan beruang mempunyai maksud lain? Adakah perkataan beruang adalah kata tunggal?Perkataan beruang adalah kata tunggal bagi 'beruang', bermaksud sejenis mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae. Perkataan beruang juga adalah kata terbitan bagi 'ruang', bermaksud mempunyai ruang yang kosong/lapang.Lain-lain13.01.2010
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan antara 'resapan' dan 'peresapan'? Dapatkah pihak tuan/puan memberikan contoh penggunaan bagi setiap perkataan? Terima kasih.Selamat ptg.
1. Resapan ialah apa-apa yg telah meresap Contoh: Kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh resapan air.
2. Peresapan ialah perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. Contoh: Peresapan unsur-unsur budaya material.
Istilah20.07.2016
Orang utan atau orang hutan, yang manakah yang betul? Saya memohon pihak DBP untuk memberikan pencerahan. Terima kasih.

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo. Manakala orang hutan pula ialah orang yang tinggal di hutan dan mempunyai monyet besar berwarna coklat ke­­me­rah-merahan yang mempunyai tangan yang panjang, 

Lain-lain19.10.2020
Etimologi istilah beluncas yang mengganti istilah ulat bulu.Beluncas tidak menggantikan ulat buluBeluncas ialah sejenis ulat bulu yang suka memakan daun-daun kayu; larva serangga. Ulat bulu ialah ulat yang berbulu badannya.Istilah20.10.2018
betulkah tatabahasa dan struktur ayat-ayat ini; 1) Bangunan itu masih kelihatan kukuh walaupun sudah usang. 2) Kerusi yang hampir patah itu tidak akan saya baiki. 3) kawanan lembu itu pulang ke kandang balik. 4) Ayam Mak Tijah yang satu ini bulu balik.

Ayat (1) dan (2) betul. Ayat (3) dan (4) yang telah dibetulkan tatabahasanya adalah seperti yang berikut:

(3)Kawanan lembu itu pulang semula ke kandang.

(4)Ayam Mak Tijah yang seekor ini berbulu balik.
Tatabahasa17.03.2014
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023

Kembali ke atas