Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) bulu-bulu, pianggu jantan, Pellacalyx axillaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.lu] | بربولو

Definisi : ada bulunya: Dadanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbulu

Puisi
 

Terung asam terung berbulu,
     Mari ambil buat kerabu;
Jangan tuan salah keliru,
     Nak cari umbut terkena buku.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
burungbirdHaiwan yang berbulu pelepah, berparuh, berkaki dua, berkepak, bertelur dan umumnya boleh terbang. Lihat RajahSekolah Rendah
burungbirdHaiwan vertebrat yang berbulu, berparuh, berkaki dua, bertelur, berkepak dan biasanya boleh terbang.Menengah Rendah
platipusplatypusHaiwan mamalia yang berbulu tebal dan berwarna perang, mempunyai paruh seperti itik, berkaki renang, berekor leper dan bertelur. Lihat RajahSekolah Rendah
cangkukhookStruktur pada biji tumbuhan yang berbulu dan berduri halus, yang boleh menyebabkannya melekat pada badan haiwan untuk dipencarkan. Contohnya, biji kelulut yang boleh melekat pada badan arnab. Lihat RajahSekolah Rendah
mamaliamammalHaiwan vertebrat yang mempunyai ciri-ciri seperti badan yang berbulu, mempunyai kelenjar susu dan induk betina yang melahirkan dan menyusukan anak.Menengah Rendah

Kembali ke atas