Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercabang

Puisi
 

Tanduk rusa bercabang dua,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Dosa ini dosa semua,
     Kalau mati seorang jangan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Bagaimanakah cara penulisan/penggunaan huruf besar dalam pantun popular ini? Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanag, Budi yang baik dikenang juga. Frasa 'Pulau Pandan' dan 'Gunung Daik dijadikan nama khas atau sepatutnya masing-masing ditulis Pulau pandan dan Gunung daik? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Pulau Pandan dan Gunung Daik.Tatabahasa04.09.2014
adakah frasa ini betul"...jarang-jarang sekali"Penggunaan perkataan itu betul mengikut konteks ayat, contohnya Jarang-jarang sekali kita dapat bertemu dengan pokok kelapa yang bercabang.Tatabahasa28.07.2010
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011
Apakah ejaan yang tepat bagi perkataan garfu?

Ejaan yang tepat ialah garpu. Kata masukan garpu dalam Kamus Dewan Perdana:

garpu alat yg bertangkai agak panjang dgn hujungnya bercabang dua atau lebih, dibuat drp logam, plastik dsb, yg digunakan utk memegang atau mencucuk makanan spt daging atau lauk.

Semoga jawapan ini membantu tuan/puan. Terima kasih.
Ejaan14.05.2023
Bagaimana nak mengenali perkataan(membezakan penggunaan) yang mempunyai imbuhan memper...i , memper...kan. dan pasifnya. Bezakan penggunaan me...i dengan me..kan

Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Apitan memper-...-kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper-...-kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan dalam maksud kata kerja, manakala apitan memper-...-kan dengan kata nama membawa maksud kausatif seperti mempercabangkan (menjadikan bercabang) dan memperhambakan (menjadikan diri seperti hamba). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 208 dan 2011. Apitan men-...-i dan men-...-kan membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek. Contohnya: Ibu menidurkan adik dan Ahmad menjalani kursus selama tiga hari. Kata adik dan kursus dalam kedua-dua ayat tersebut menjadi objek yang melengkapkan ayat. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.  

Tatabahasa14.09.2011
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Penghulu Kampung Talang selalu berjanji akan memberi bantuan kepada penduduk miskin namun dia tidak pernah mengotakan janjinya. Segala kata-katanya kini tidak lagi dipercayai. Maruahnya sebagai penghulu sudah tidak ada lagi. (a) (b) (c) 2. Penyakitnya masih belum sembuh walaupun telah berubat di merata-rata tempat. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia percaya bahawa selagi ada usaha akhirnya dia akan berjaya. (a) (b) (c)Peribahasa yang menggambarkan seseorang yang mudah berjanji tetapi tidak ditepati ialah lidah tak bertulang.  Manakala kata-kata yang tidak boleh dipercayai ialah lidah bercabang atau lidah biawak. Untuk menjawab soalan (3), peribahasa yang menggambarkan orang yang tidak mudah berputus asa ialah cari ikhtiar.  Untuk memberikan kfahaman yang mendalam tentang peribahasa Melayu , sdr dinasihatkan membaca buku Peribahasa terbitan DBP.Tatabahasa28.04.2009
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Lain-lain04.09.2010

Kembali ke atas