Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercabang

Puisi
 

Tanduk rusa bercabang dua,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Dosa ini dosa semua,
     Kalau mati seorang jangan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paraphysisparafisisBiologiMikologiFilamen steril bercabang atau tak bercabang yang kebanyakannya terdapat di antara askus himenium pada askokorpa askomiset tertentu.
lirellalirelaBiologiMikologiApotesium yang panjang, halus dan bercabang atau tak bercabang. Struktur ini menjadi ciri liken tertentu, misalnya ahli famili Graphideae.
amylopectinamilopektinKimiaBiokimiaKanji yang terbentuk daripada rantai glukosa bercabang. Rantai-rantai ini diikat melalui ikatan α-1,4-glukosida dan bercabang melalui ikatan glikosa α –1,6-glikosida. Rantai-rantai bercabang ini terdiri daripada 14-25 unit glukosa.
brancing coralkarang bercabangPerikananTiadaJenis karang yang bercabang daripada genus Acropora. Jenis ini dikelaskan sebagai karang keras.
forked lightningkilat bercabangGeologiTiadaBentuk kilat yang kelihatan bercabang-cabang menghala ke bawah dari alur kilat utama semasa nyahcas awan-ke-bumi.
branched polymerpolimer bercabangKejuruteraanPolimerPolimer yang mempunyai struktur bercabang yang cabangannya terdiri daripada molekul polimer.
branched chain AA transaminaseAA transaminase rantai bercabangKimiaTiadaEnzim yang memangkini tindak balas perpindahan gugus amina dari asid amino rantai bercabang dengan sebatian bergugus keto.
coronary arteryarteri koronariBiologiFisiologiSepasang arteri yang membekali darah ke tisu jangtung. Arteri ini bercabang pada sinus aorta kiri pada sinus aorta kanan bercabang pada bahagian dasar aorta.
arteryarteriVeterinarPraklinikalVesel yang mengalirkan darah keluar dari jantung ke seluruh badan. Semua arteri membawa darah teroksigen kecuali arteri pulmonari. Sistem arteri bermula dari aorta. Aorta bercabang menjadi arteri yang kemudian bercabang lagi menjadi arteriol dan berakhir sebagai kapilari. Contoh arteri utama ialah arteri koronari; arteri karotid; arteri mesenteri kranial; arteri femur dan arteri digit. Arteri merupakan struktur anjal yang boleh mendilat semasa degupan jantung. Denyutan nadi yang menggambarkan degupan jantung boleh dirasai pada arteri superfisial.
ramosebercabangGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas