Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.cah] | برچاچه

Definisi : mempunyai bilangan penduduk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.cah] | برچاچه

Definisi : bergambar pd kulit dgn mencucuk atau melukakan kulit dgn benda yg tajam dan mewarnainya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercacah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan ayat-ayat berikut adalah betul atau tidak. 1.Piala itu di atas meja. 2.Beg tangan itu di atas tangga. 3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 4.Rumahnya di atas bukit. 5.Dia bertanggungjawab di atas segala kekejaman itu. 6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. 8.Dia bercacah di bahagian lengan.  9.Dia duduk di dalam kereta. 10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. 11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di peringkat antarabangsa. 12.Dia masih berasa marah,enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. 14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. Terima kasih.

Jawapan:

1.Piala itu di atas meja. - betul
2.Beg tangan itu di atas tangga. - betul
3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
4.Rumahnya di atas bukit. - betul
5.Dia bertanggungjawab di atas (atas) segala kekejaman itu. - salah. 
6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. - betul
8.Dia bercacah di bahagian lengan. - betul 
9.Dia duduk di dalam kereta. - betul
10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. - betul
11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di (pada) peringkat antarabangsa. - salah 
12.Dia masih berasa marah, enggan berjumpa dengan sesiapa pun. – salah. Ayat tersebut tidak gramatis.
13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. - betul
14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. - betul

Tatabahasa16.11.2015

Kembali ke atas