Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beletai-letai[b«.l«.tAj.l«.tAj] bercakap tidak berhenti-henti.Awok beletai-letai ni tok leteh ke?[A.w/ b«.l«.tAj.l«.tAj ni t/ l«.teh k«]Awak bercakap tidak berhenti-henti tidakkah letih?
bedeco-deco I[b«.d«.tS.d«.tS]kata kerjabercakap dengan kuat.Agah ngat die, bedeco-deco cakap dengan henpon.[A.gAh NAt di.j« b«.d«.tS.d«.tS tSA.kAp d«.NAn hen.pon]Sombong sangat nampak dia, bercakap kuat di telefon bimbit.
seboi[s«.bj]kata adjektifberkenaan mulut yang penuh dengan makanan sehingga tidak boleh bercakap, mengunyah dan menelan; sebam.Tok elok cakap mulot tengah seboi.[to/ E.lo/ tSA.kAp mu.lot t«.NAh s«.bj]Kurang sopan bercakap ketika mulut penuh dengan makanan.
rengkok[ÄeN.k/]kata adjektifberkenaan percakapan yang tidak jelas kerana terlalu ramai orang yang bercakap.Ustaz beceramoh kat depan wokme rengkok kat belakang.[us.tAz b«.tS«.ÄA.m«h kAt d«.pAn w/.m« ÄeN.k/ kAt b«.lA.kAN]Ustaz berceramah di hadapan kamu bercakap di belakang.
sebam[s«.bAm]kata adjektifberkenaan mulut yang penuh dengan makanan sehingga tidak boleh bercakap, mengunyah dan menelan; seboi.Mulut adek sebam dengan nasi.[mu.lot A.de/ s«.bAm d«.NAn nA.si]Mulut adik penuh dengan nasi.
kokot[k.kt]kata adjektifberkenaan suami yang takut kepada isteri.Cakap aje beso, depan bini kokot.[tSA.kAp A.dZ« b«.s d«.pAn bi.ni k.kt]Bercakap saja besar, depan isteri takut.
celo II[tS«.l]kata adjektifberkenaan perubahan alam yang berlaku atau diramal akibat perbuatan atau percakapan yang cabul.Jangan cabo cakap tu kang celo kite.[dZA.NAn tSA.b tSA.kAp tu kAN tS«.l ki.t«]Jangan bercakap cabul, nanti celo kita.

Kembali ke atas