Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bercakap siang, bercakap malamPak SakoWatan03.09.1988
Bercakap dengan 'jin'Nasron Sira RahimBerita Minggu25.03.2007
Bercakap Dengan HujanSolihin OsmanUtusan Melayu22.01.2007
Bercakap di telefon 11Sato, RWarta Perdana15.10.1989
Bercakap untuk pengaruhi orang lainAinon MOhdUtusan Malaysia07.11.1997
Bercakap bahasa Melayu - InggerisFarah Hanan AzaharUtusan Malaysia29.05.1998
Bercakap Dengan MentuaSaipudin B. AMingguan Wanita08.10.1993
Bercakap tentang makna budayaTiadaSabah Times10.11.1990
Bercakap Melayu dalam bahasa InggerisPak Pandir ModenUtusan Malaysia14.10.1976
Bercakap-cakap dengan seorang penagih dadahHantu RayaUtusan Melayu07.03.1983
1234

Kembali ke atas