Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suka mengeluarkan kata­-kata atau bicara yg membesar-besarkan diri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap besar

Peribahasa

Jauh menyalak kuat,
     dekat mencawat ekor.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang-belakang saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menteri Komunikasi sudah muak akan perangai Menteri Pengangkutan yang suka bercakap besar tentang isu kabotaj tersebut. Adakah penggunaan muak tersebut betul?Menteri Komunikasi sudah muak akan perangai Menteri Pengangkutan yang suka bercakap besar tentang isu kabotaj tersebut.

Penggunaan perkataan muak dalam ayat tersebut adalah betul kerana muak bukan sahaja merujuk kepada memakan sesuatu tetapi juga bermaksud berasa jijik atau benci kerana melihat atau mendengar sesuatu. 
Makna23.10.2021
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menilai penggunaan kata-kata di dalam seloka seperti dibawah : Handal bersembang, Ingar gemerencang, Selalu tunjuk belang, Walau banyak gebang, Ada gundik merangkap dayang, Deras ambil peluang, Inklusiviti penilaian akhirnya sumbang. Zaman multitugas, Ada yang berlaun. Ingkar metode asas, Tegas tambah elaun, Untung kaki kipas, Nanti semak akaun. (Nota : Seloka penceritaan tentang sikap seseorang yang suka bercakap besar, membuat penilaian berdasarkan sikap pilih kasih sehingga tidak mengambilkira peraturan yang sedang berkuat kuasa)Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan untuk meng-e-melkan soalan ini kepada YBrs. Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui alamat e-mel syaidul@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Sastera01.08.2023
salam, boleh saudara/saudari berikan maksud tumit tangan? terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tumit ialah 1. bahagian yang di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai leng­kuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagi­an drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut.

Lazimnya, pengguna bahasa menggunakan tapak tangan dan tumit lebih lazim penggunaan untuk kaki.
Tatabahasa24.12.2013
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013
Soalan saya berkenaan dengan penggunaan kata nama am dalam konteks sari kata penerbitan drama atau filem. Apabila kata nama am (contohnya ayah/ibu/doktor) berubah fungsi menjadi kata nama khas, adakah huruf pertamanya perlu menjadi huruf besar? Maksud saya ialah jika seorang ayah merujuk kepada dirinya apabila bercakap dengan anaknya - "Ahmad, ayah nak bincang dengan kamu sebentar". Jadi, adakah perkataan 'ayah' atau 'Ayah' yang patut digunakan? Ataupun ini ada berkaitan dengan kata ganti nama diri atau kata nama gelaran? Saya mohon maaf sekiranya pertanyaan saya ini mengelirukan pihak tuan. Saya budak baru belajar. Terima kasih.Kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar, Contoh: pak cik (kata nama am) dan Pak Cik Abu (kata nama khas). Perkataan "ayah" dalam konteks ayat tersebut ialah kata nama am.Tatabahasa04.02.2016
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan"

Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut:

melonjak:  1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa12.10.2019
Nurul Hani Isu ejaan betul dan ejaan salah. Waktu sekolah dulu saya lagi pening dengan mata pelajaran Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Inggeris sebab selalu ada perubahan dari segi ejaan dan tatabahasa. Saya terfikir juga mungkin sebab Bahasa Melayu masih sedang dibangunkan dan dikembangkan, tetapi sampai bila nak berubah-berubah macam tu? Anak bangsa sendiri jadi malas nak belajar Bahasa Melayu dengan mendalam, cukupla pandai menulis dan bercakap yang biasa-biasa.Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Untuk makluman puan, selepas buku Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 diterbitkan dan diguna pakai, tidak ada lagi perubahan besar dalam sistem bahasa kita. Apa yang lebih penting jati diri kita sebagai rakyat Malaysia, rasa cinta akan bahasa kebangsaan kita dan sekali gus berusaha untuk mempelajari dan mematuhi peraturan bahasa yang ada, khususnya dalam konteks rasmi.Lain-lain27.02.2015
saya, pelajar asing yang mengambil kelas Bahasa Melayu 1, untuk keperluan akademik. soalan saya : bagaimanakah kita dapat menulis bahasa melayu dengan betul, dalam penulisan laporan, thesis dan sebagainya. kedua pembentangan kertas kerja menggunakan bahasa melayu formal atau tak formal? misalnya: saya atau saye ( dalam pengucapan ). terima kasih

Misinem terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

 Untuk soalan pertama Sdr. sepatutnya  lebih banyak membuat rujukan daripada hasil tulisan pakar dalam bidang bahasa/. Buku rujukan mengenai bahasa dan penulisan memang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Bagi soalan kedua sama ada saya atau saye bukanlah menjadi suatu masalah yang besar. Sekira Sdr. lebih selesa menggunakan sebutan baku maka sudah tentulah bunyi saya, akan tetapi jika hendaka bercakap mengikut gaya sebutan rakyat tempatan - tujuan perbualan , boleh sahaja kita sebut saye. Terima kasih 

 

Lain-lain15.10.2009
Salam sejahtera. 1. Apakah golongan yang sesuai bagi kata nama khas Matematik, tajuk filem seperti Spiderman dan Superman serta tajuk karangan seperti "Ibu Saya"? 2. Adakah gelaran seperti Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Dato Bendahara, Sultan, Permaisuri, Putera Mahkota kata nama khas? 3. Apakah kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga bagi Permaisuri, Putera Mahkota, Puteri? Terima kasih.
  1. Soalan yang pertama sukar untuk difahami. Mohon tuan/puan mengemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci.
  2. Menteri Pendidikan dan Dato’ Bendahara ialah kata nama khas, manakala putera mahkota, sultan, permaisuri dan perdana menteri ialah kata nama am. Sekiranya perkataan tersebut digunakan sebagai nama khas, contohnya Putera Mahkota Selangor, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 280 dan 1680 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 81 – 87.

Tatabahasa02.04.2024

Kembali ke atas