Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap-cakap 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan. Berdasarkan entri kata "fasih" dalam kamus merujuk maksud berikut:Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mohon penjelasan tuan, bagaimanakah istilah "fasih digital" atau "kefasihan digital" diwujudkan dan apakah rasional memilih perkataan "fasih" bagi istilah tersebut?Istilah kefasihan digital terbentuk daripada istilah sumber digital fluency. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kefasihan (kelas kata nama) bermaksud hal atau keadaan fasih yang merujuk kata sumber fluency. Fasih mempunyai takrifan yang ketiga (3), iaitu tahu benar tentang sesuatu bidang. Oleh sebab itu, padanan istilah bahasa Melayu kefasihan digital menepati konsep digital fluency.Istilah10.01.2024
maksud bercengkerama

Saudara Fuad,

Maksud perkataan bercengkerama ialah  1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria.

Makna16.06.2010
Cikgu, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan "bentuk sengau"? 2. Apakah maksud "daerah artikulasi" dan "homorganik"? 3. Adakah soalan saya dalam no.1 dan no.2 terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Jika terdapat cikgu sila nyatakan muka surat tersebut. Terima kasih.1. Sengau adalah dengan bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal i yg berlaku selepas atau sebelum konsonan n spt pd perkataan ini, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf).

2. Artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b.

Tidak ada maklumat terperinci tentang ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM.  Saya cadangkan puan mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad.
Tatabahasa07.05.2014
Sekumpulan murid itu berkumpul untuk (berbincang/membincangkan) tentang masalah pelajaran. Yang mana satukah betul? Apakah beza antara penggunaan kedua-dua kata kerja tersebut?

1.    1Ayat yang betul ialah Sekumpulan murid itu berkumpul untuk berbincang tentang masalah pelajaran.

2.    2. Perkataan berbincang bermaksud bercakap-cakap dengan seseorang tentang sesuatu perkara penting bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu, mencapai keputusan manakala perkataan membincangkan pula bermaksud membicarakan sesuatu secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah atau isu, mencapai keputusan dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 296.

Tatabahasa16.01.2024
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih.Lain-lain14.07.2008
saya ingin mengetahui erti peribahasa di bawah: 1. jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri 2. jangan suka mengata orang 3. mulut murai 4. seseorang yang suka mengata orang1menjaga tepi kain orang - kiasan yang bermaksud mengambil tahu hal orang lain; 2. jangan suka mengata orang - bukan peribahasa  3. mulut murai - simpulan bahasa bermaksud orang yg sangat suka bercakap-cakap 4. seseorang yang suka mengata orang - bukan peribahasa   Lain-lain09.10.2008
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan"

Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut:

melonjak:  1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa12.10.2019
Berikan contoh ayat yang mempunyai kata 'belaka' agar saya dapat memastikan penggunaan ini.|Maksud 'belaka' ialah semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): Contoh ayat:
1. Manusia di dalam hutan itu habis mati belaka.
2. Dia bercakap sangat manis, pada hal hanya cakap dusta belaka.
Makna06.05.2014
Selamat pagi. Terhadap jawapan soalan saya pada hari 24/10/2015 ("Kami sekeluarga akan pergi Pulau Pinang pada minggu depan", kata Ali kepada Ai Ling), bolehkah tuan tunjuk ajar? Saya berasa sangat keliru. Sebab: 1. Penjelasan pada hari 25/03/2010 telah menyatakan kami sekeluarga dan saya sekeluarga adalah betul tetapi kita perlu ingat bahawa saya digunakan sekiranya hanya seorang bercakap. Manakala, kami merujuk lebih daripada seorang. Dalam soalan saya, hanya Ali seorang yang bercakap.Kedua-dua ayat itu betul, bergantung pada konteks penggunaannya ketika itu. Jika ungkapan itu dituturkan ketika berlawan cakap antara seorang dengan seorang yang lain, ayat "saya sekeluarga akan pergi Pulau Pinang" paling tepat. Jika dituturkan kepada seseorang yang lain dan disertai oleh ahli keluarganya, ayat "kami sekeluarga..." yang paling tepat.Tatabahasa27.10.2015
salam, boleh saudara/saudari berikan maksud tumit tangan? terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tumit ialah 1. bahagian yang di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai leng­kuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagi­an drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut.

Lazimnya, pengguna bahasa menggunakan tapak tangan dan tumit lebih lazim penggunaan untuk kaki.
Tatabahasa24.12.2013
12

Kembali ke atas