Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.bah] | برچمبه

Definisi : 1. mula tumbuh (bkn biji benih dsb); 2. mempunyai cambah; 3. muncul, terbit, lahir: Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; usianya yg mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; 4. ada banyak, ada (terdapat) di merata­rata tempat: di surau dan madrasah yg ~ di tanah air kita ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.bah] | برچمبه

Definisi : 1 mula tumbuh dr biji (ttg tumbuh-tumbuhan). 2 ki banyak terdapat; ada di mana-mana: Syarikat kerjasama ~ di Malaysia ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercambah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seed bankbank biji benihBiologiEkologiJumlah biji benih yang tersimpan di dalam tanah, yang boleh bercambah apabila wujud keadaan sekitaran yang sesuai. Umumnya tanah di lantai hutan menampung biji benih daripada spesies yang gemar akan cahaya (fotofit) dan keadaan redup (skiofit), tetapi biji benih spesies fotofit tidak boleh bercambah tanpa wujudnya luang pada kanopi hutan.
germinatingbercambahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
post-emergence tillagepembajakan pascacambahPertanianAgronomi

1.  Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak setelah biji benih rumpai  bercambah, untuk menghapuskan rumpai. Aktiviti ini dilakukan sebelum menanam tanaman.
2. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak di antara barisan tanaman setelah biji benih tanaman bercambah, yang bertujuan untuk mengawal rumpai antara baris.
 
Pembajakan yang dilakukan selepas penuaian hasil, untuk membersihkan sisa hasil tanaman, sebelum penanaman berikutnya. Selain itu, pembajakan pascatuai juga dapat meningkatkan kelembapan tanah.

germinating sporespora bercambahPerikananTiadaTiada
germinating sporespora bercambahPerikananTiadaTiada
congestuskongestusSainsHidrometeorologiSpesies awan kumulus yang bercambah dengan nyata dan biasanya menganjur amat tinggi ke atas. Bahagian atas yang menggelembung biasanya menyerupai bunga kubis.
geminative energytenaga cambahPerhutananTiadaBilangan biji benih yang bercambah pada masa percambahan yang dikira dalam bentuk peratusan.
pseudoidiapseudoidiaBiologiMikologiCebisan sel hifa yang terpisah mampu bercambah membentuk himenium baru.
post germinationpasca percambahanPertanianAgronomi

Keadaan selepas biji benih bercambah. Peringkat ini penting untuk tumbesaran awal tanaman. Pada peringkat pascapercambahan, tanaman memerlukan sumber air, nutrien, dan cahaya yang secukupnya. Pada kebanyakan tanaman, peringkat ini ditempatkan dalam kawasan semaian untuk penjagaan tanaman yang rapi.

seedlinganak benihPertanianAgronomi

Peringkat awal tumbuhan biji benih bercambah dan mengeluarkan daun sebenar. Anak benih perlu dijaga dengan rapi supaya tumbuh sempurna apabila dipindahkan ke ladang. Anak benih biasanya dibesarkan di dalam tapak semaian.

12345

Kembali ke atas