Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercampur

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bercampur dengan orang pemaling,
     sekurang-kurangnya jadi pencecak.

Bermaksud :

Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mixed suspension mixed product removal modelmodel penyingkiran produk bercampur ampaian bercampurKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel penghabluran yang paling unggul untuk menganggarkan agihan saiz dalama produk penghabluran daripada data kinetik penukleusan dan pembesaran hablur. Model ini digunakan untuk menentukan parameter kinetik penghabluran dan juga menilai kecekapan sesuatu unit penghablur. Singkatan MSMPR.
MSMPRMSMPRKejuruteraanKejuruteraan KimiaSingkatan bagi �Mixed Suspension Mixed Product Removal Model�. Lihat model penyingkiran produk bercampur ampaian bercampur.
bunga kotak bercampurbunga kotak bercampurKesenianTiadaMotif batik berunsur geometri berbentuk kotak-kotak yang diisi dengan bunga-bungaan atau buah-buahan tempatan.
mixed layerlapisan bercampurGeologiTiadaLapisan air lautan di atas termoklin; lapisan air yang bercampur disebabkan tindakan ombak atau perolakan termohalin.
acidic oxideoksida berasidKimiaTiadaSebatian oksigen dengan unsur bukan logam yang menghasilkan larutan berasid apabila bercampur dengan air. Misalnya sulfur oksida, SO3, membentuk asid sulfurik, H2SO4, apabila bercampur dengan air. Oksida berasid juga bertindak balas dengan bes untuk membentuk garam dan air.
basic oxideoksida berbesKimiaTiadaSebatian oksigen dengan unsur logam yang menghasilkan larutan berbes apabila bercampur dengan air. Misalnya kalsium oksida, CaO, membentuk kalsium hidroksida, Ca(OH)2, apabila bercampur dengan air. Oksida berbes juga bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air.
two-environment modelmodel dua-persekitaranKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel pengasingan separa dengan andaian kandungan reaktor terdiri daripada dua persekitaran, iaitu persekitaran masukkan (bendalir suapan yang masih belum bercampur) dan persekitaran keluaran (bendalir yang telah bercampur sepenuhnya). Kadar percampuran (atau pengasingan) adalah berkadar terus dengan jumlah bahan dan kecerunan haba, jisim, atau momentum antara dua persekitaran.
mixedbercampurMatematikTiadaTiada
mixed delaytunda bercampurFizikTiadaTiada
mixed operationoperasi bercampurFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas