Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.can.tum] | برچنتوم

Definisi : 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.can.tum] | برچنتوم

Definisi : 1 menjadi rapat atau bertaut semula (spt luka yg sudah sembuh). 2 rapat melekat dan ber­sambung (spt bulu ayam). 3 menjadi ber­sambung atau bergabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercantum

Puisi
 

Pokok sena dahan bercantum,
     Tempat bersarang burung tekukur;
Kalau bunga bukan sekuntum,
     Kumbang juga bukan seekor.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bile ductduktus hempeduVeterinarPraklinikalSaluran atau duktus dalam lobul hati yang menerima rembesan hempedu daripada sel hepar. Beberapa duktus daripada lobul berdekatan dalam hati bercantum untuk membentuk duktus hepar. Duktus hepar ini kemudian bercantum lagi dengan duktus hepar yang lain untuk membentuk duktus hepar sepunya. Duktus hepar sepunya kemudiannya bercantum dengan duktus sista daripada kantung hempedu untuk membentuk duktus hempedu. Duktus hempedu ini menyalirkan rembesan hempedu ke dalam usus. Kuda merupakan satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai kantung dan duktus hempedu.
carpelkarpelBotaniTiadaRuang dalam ovari yang menghasilkan oval. Karpel terdiri daripada dua jenis, iaitu karpel ringkas dan karpel bercantum. Karpel ringkas hanya mengandungi beberapa karpel yang bercantum antara satu sama lain.
sieve tube elementunsur tiub tapisBiologiHistologi dan SitologiUnit atas tiub tapis yang panjang dan tidak bernukleus apabila matang. Hujung ini bercantum dengan plat tapis. pada tumbuh-tumbuhan berbiji, sel ini bercantum antara satu dengan yang lain atau sesama sendiri.
jointedbercantum; tercantum; dicantum; di sendi; bersendiFizikTiadaTiada
jointedbercantum; tercantum; dicantum; di sendi; bersendiMatematikTiadaTiada
disjointtak bercantumFizikTiadaTiada
disjointtak bercantumMatematikTiadaTiada
joint variationvariasi bercantumFizikTiadaTiada
joint setset bercantum; set kekarFizikTiadaTiada
joint momentmomen bercantumFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas