Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.ri.ta] | برچريتا

Definisi : mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.ri.ta] | برچريتا

Definisi : menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerita


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.Berikut merupakan ayat yang betul:

(1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas.

(2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. 


(6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera.
 
(7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah.

(8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.

(9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
Tatabahasa29.07.2014
betul atau salah? pertandingan bercerita pertandingan mewarna sudut bacaan pertandingan mengarang1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. Oleh itu, untuk dua lagi pertandingan perlu ditukar menjadi pertandingan mewarnakan lukisan dan pertandingan mengarang esei. Tatabahasa08.03.2010
Yang manakah betul? bercerita kepada saya / bercerita untuk saya?Frasa yang paling tepat ialah "bercerita kepada saya". - kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia.Tatabahasa29.06.2011
Boleh tak berikan kepastian( yang bermaksud kepada pertandingan murid menyampaikan cerita yang biasanya dipertandingkan di sekolah-sekolah), pertandingan cerita atau pertandingan bercerita. Dalam kamus dewan bahasa yang terbaru ( merah )menyatakan pertandingan cerita tetapi dalam jawapan yang diberikan oleh khidmat bahasa dewan bahasa ialah pertandingan bercerita. Pening kepala saya???

Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 

Tatabahasa24.04.2009
Yang mana betul sebenarnya? (i)pertandingan bercerita atau (ii)pertandingan cerita. Jika (i) yang betul, mengapakah imbuhan ber- digunakan, bukan imbuhan me- seperti (iii)pertandingan menyanyi ?1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. 2. Pertandingan cerita digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 3. Pertandingan Menyanyi atau Bernyanyi. Dalam konteks ini kata menyanyi lebih biasa digunakan.    Tatabahasa11.05.2008
1a. Berapa orangkah yang menyertai pertandingan bercerita? 1b. Berapakah orang yang menyertai pertandingan bercerita? 1c. Berapa orangkah murid yang menyertai pertandingan bercerita? Ayat tanya mana satu lebih gramatis? Boleh jelaskan penggunaan partikel -kah yang betul dalam ayat tanya yang tersebut di atas?

Ayat yang tepat:

a. Berapakah orang yang menyertai pertandingan bercerita?
b. Berapakah orang murid yang menyertai pertandingan bercerita?

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah.

 

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. 

Lain-lain07.07.2015
Saya kurang jelas tentang penggunaan frasa "..... bercerita tentang " dan " bercerita mengenai"Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana kata 'tentang' dan 'mengenai' adalah saling berganti, bergantung pada keadaan yang tertentu. Tatabahasa10.07.2008
Nenek bercerita/menceritakan tentang kisah "labu dan Labi". bercerita atau menceritakan yang betul. Mengapa?Nenek bercerita tentang kisah Labu dan Labi atau Nenek menceritakan kisah Labu dan labi. Ayat pertama ialah ayat tak transitif manakal ayat kedua ialah ayat transitif.Tatabahasa06.03.2007
Yang manakah betul? Minta penjelasan lanjut. A1. Pertandingan bercerita. A2. Pertandingan cerita. A3. Pertandingan penceritaan. B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan. B3. Pertandingan pelukisan. C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan. C3. Pertandingan pemasakan. D1. Pertandingan menyanyi. D2. Pertandingan nyanyian. D3. Pertandingan bernyanyi. D4. Pertandingan penyanyian. E1. Pertandingan mengarang. E2. Pertandingan karangan. E3. Pertandingan pengarangan. F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. F2. Pertandingan deklamasi sajak. F3. Pertandingan pendeklamasian sajak. G1. Pusat membeli-belah. G2. Pusat beli-belah.A1. Pertandingan bercerita

Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 

B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan.

C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan.

D1. Pertandingan menyanyi.

E1. Pertandingan mengarang. 

F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. 

G.  Pusat beli-belah.

Tuan boleh merujuk Kamus Dewan untuk makna perkataan bagi frasa di atas.
Tatabahasa27.09.2013
1. Ali menyapu rumput. 2. Ying mei mendengar orang tua itu bercerita. 3. Orang tua itu bercerita kepada murid-murid. Adakah ayat di atas adalah betul? Terima kasih1. Ali menyapu rumput.
Jawapan: salah
2. Ying mei mendengar orang tua itu bercerita.
Jawapan: Betul
3. Orang tua itu bercerita kepada murid-murid.
 Jawapan: Betul
Tatabahasa22.07.2014
123456

Kembali ke atas