Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.run] | برچرون

Definisi : mempunyai cerun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ramptanjakanLandskapTiadaLaluan bercerun ya ng menyambungkan d ua paras permukaan yang berbeza untuk memudahkan pergerakan kerusi roda dan kerusi sorong.
pedimentpedimenGeologiTiadaPermukaan batuan bercerun landai yang menganjur jauh dari sebuah dataran tinggi atau gunung di kawasan gersang atau separa gersang, yang terbentuk dari penggondolan, terutamanya hujan yang lebat atau hujan ribut.
canyonngaraiHidrologiTiadaLurah dalam yang bercerun tinggi dan curam dan biasanya ada sebuah sungai mengalir di sepanjang dasarnya. Sin.: jurang.
frontal surfacepermukaan perengganGeografiTiadaSatah sempadan bercerun atau permukaan yang memisahkan dua jisim udara yang menunjukkan ciri - ciri meteorologi yang berbeza.
frontal surfacepermukaan perengganGeologiTiadaSatah sempadan bercerun atau permukaan yang memisahkan dua jisim udara yang menunjukkan ciri - ciri meteorologi yang berbeza.
foreslopecerun depanGeologiTiadaBahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya ke kedalaman kira-kira 10 fatom.
reef slopetebing terumbuPerikananTiadaKawasan terumbu yang bercerun dan curam yang terletak berhampiran dengan kawasan hamparan terumbu, yang terdiri daripada batu-batan dan ketulan mineral semula jadi. Pinggir kawasan terumbu yang curam ini menjadi tempat tumpuan pelbagai spesies ikan rekreasi.
pyramidal peakpuncak piramidGeografiTiadaKemuncak gunung terasing yang bercerun sangat curam dibentuk melalui pertumpuan dinding belakang sirk.
foreslopecerun depanSains MarinTiadaBahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya di kedalaman yang berjarak 10 fatom. Cerun ini menjadi tempat kepada terumbu karang yang terbesar, berikutan keadaan sekelilingnya yang sesuai kerana tindakan ombak yang terhad. Terumbu karang yang paling pelbagai terdapat pada cerun berkedalaman antara 15-20 m kedalaman, dan sekiranya semakin dalam, spesies terumbu karang juga akan semakin berkurang. Kepelbagaian spesies terumbu karang di kawasan ini adalah berkorelasi kuat dengan kehadiran cahaya. Terumbu di kawasan Lautan Pasifik boleh didapati sehingga pada kedalaman 50-60 m, manakala di Lautan Atlantik sehingga 100 m yang disebabkan oleh perbezaan penembusan cahaya ke dalam laut.
glacisglasisGeografiTiada2. Cerun yang landai atau tebing yang bercerun landai.
1234

Kembali ke atas