Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cé.ta/] | برچيتق

Definisi : dicap: kad hari raya yg ~ comel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cé.ta/] | برچيتق

Definisi : dlm bentuk cetak; sudah dicetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercetak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBEL

Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak

atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang

merosakkan nama baik seseorang. Gambar,

tanda dan maklumat yang disiarkan di radio

atau televisyen mungkin mengandungi libel.

Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun,

slander melibatkan kata-kata yang diucapkan

atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan

nama baik seseorang. Di negara-negara yang

membenarkan kes-kes slander, mangsa slander

mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya

benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti

bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar

tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan

bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran

libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin

membuat dakwaan kerana menyebabkan nama

syarikat atau perbadanannya terjejas.

UMUM 
POSTER

Poster ialah lembaran kertas atau kadbod bercetak

yang dipamerkan untuk tontonan umum. Kebanyakan

poster menyampaikan mesej ringkas yang

menggabungkan perkataan dengan ilustrasi. Poster

boleh digunakan untuk mengumumkan peristiwa

seperti drama, filem, atau pameran lukisan. Ia juga

boleh digunakan untuk mengiklan keluaran

perdagangan atau menyampaikan mesej politik.

UMUM 
MEMBACA

Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan

makna daripada perkataan bercetak atau bertulis.

Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan

satu daripada kemahiran yang paling penting

dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah

kunci kepada semua jenis maklumat. Ia

membolehkan kita mempelajari cara membina

atau memasang benda, menikmati cerita,

mengetahui kepercayaan orang lain, melatih

imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina

idea dan kepercayaan kita sendiri.

UMUM 
DEKAL

Dekal ialah  proses memindahkan reka

bentuk bercetak, surat atau gambar dari

sekeping kertas yang khas ke atas berbagai-bagai

permukaan lain

UMUM 
MIKROFILEM

Mikrofilem ialah sejenis filem foto yang

merakamkan imej bahan bercetak atau bahan lain

yang telah dikecilkan. Oleh sebab saiz imej ini telah

dikecilkan, mikrofilem boleh menyimpan sejumlah

besar maklumat dalam ruang yang kecil. Proses

membuat salinan mikrofilem disebut sebagai

mikrofotografi.

UMUM 
ILUSTRASIIlustrasi ialah gambar yang menerangkan dan
menambah minat kepada bahagian penulisan
bahan bercetak seperti buku. Terdapat pelbagai
jenis ilustrasi dan ia boleh dikeluarkan semula
melalui pelbagai proses.
UMUMUmum
TAIP

Taip ialah huruf, nombor, atau simbol lain yang

digunakan dalam percetakan. Perkataan dan

nombor dalam semua bahan bercetak, termasuk

buku, majalah, dan akhbar diperbuat daripada taip.

Terdapat dua jenis taip yang utama, taip logam dan

taip fotografik.

UMUM 
PERPUSTAKAAN MITCHELL

Perpustakaan Mitchell, di Sydney, New

South Wales , mengandungi koleksi penyelidikan

berjumlah lebih 200 000 buah buku bercetak dan

beberapa ribu manuskrip, peta, lukisan, cetakan,

dan gambar tentang Australia. Koleksi ini juga

meliputi koleksi kawasan Pasifik dari Indonesia

hingga ke Hawaii, dan dari Filipina hingga ke

Antartik.

UMUM 
MONOTAIP

Monotaip ialah mesin bagi menghasilkan taip

logam untuk mencetak. Monotaip terkenal dengan

hasil kerja yang bermutu tinggi. Ia telah digunakan

untuk mencetak buku yang baik mutunya termasuk

juga katalog, majalah, dan bahan bercetak lain.

Dalam kebanyakan kerja mencetak, monotaip telah

diambil alih oleh mesin fotokomposisi.

Fotokomposisi ialah satu bentuk atur huruf yang

melibatkan penghasilan imej huruf taip di atas filem

atau kertas fotosensitif (lihat Percetakan [Mengatur

huruf]).

UMUM 
XEROX CORPORATION

Xerox Corporation ialah firma Amerika

Syarikat yang terkemuka, dan salah sebuah

pertubuhan industri yang terbesar di dunia.

Firma ini menghasilkan mesin penyalin

automatik yang pertama dalam membuat salinan

kering daripada bahan bercetak atau bahan

bertulis di atas kertas biasa.

UMUM 
12

Kembali ke atas