Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cu.ti] | برچوتي

Definisi : 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cu.ti] | برچوتي

Definisi : tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercuti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bercuti ke / bercuti di dalam konteks berlainan. (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (b) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. (c) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (d) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. Adakahsemua jawapannya "ke" untuk menunjukkan tempat yang ditujui? (a) dan (b) menunjukkan kejadian yang sudah berlaku. begitu juga dengan "makan angin ke" atau "makan angin di" Harap dapat pencerahan.

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan juga menunjukkan waktu atau masa.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Frasa “Pada minggu lepas” menunjukkan waktu yang telah berlalu/telah berlaku manakala frasa “Pada minggu akan datang” menunjukkan waktu yang akan berlaku.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak lebih tepat berbanding ayat (b).

Bagi ayat (c) dan (d), sila pastikan penggunaan kata bantu aspek “telah” sepatutnya yang betul ialah “akan” kerana merujuk frasa “Pada minggu akan datang”. Ayat yang betul ialah Pada minggu akan datang, keluarga Ali akan bercuti ke Sarawak.

Makan angin membawa maksud yang sama dengan bercuti. Oleh yang demikian, konsep penggunaan kata sendi nama  “ke” dan “di” sama seperti contoh ayat yang diberikan.

Lain-lain14.08.2021
yang mana satukah penggunaan tanda baca yang betul? "Bercuti di Kampung" "Bercuti Di Kampung"Yang betul ialah "Bercuti di Kampung".Lain-lain27.02.2010
assalamualaikum.. saya nak tahu mana yg betul.. Bercuti di Kampung atau Bercuti Di KampungFrasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", di ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil.Tatabahasa28.02.2010
Tajuk karangan antara 'Bercuti di Kampung' dan 'Bercuti Di Kampung'. Antara berikut,adakah huruf 'd' untuk perkataan 'di' itu perlu ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil?Frasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil.Tatabahasa28.02.2010
manakah yang betul bagi tajuk sesebuah karangan ringkas 1. Bercuti Di Kampung / Bercuti DikampungFrasa /ejaan yang betul ialah Bercuti di Kampung.Tatabahasa24.02.2010
Tuan, saya ingin bertanya: bercuti adakah bermaksud mesti bermalam di tempat percutian tersebut? kalau saya bercuti di melaka, pagi pergi malam balik. adakah ini juga dimaksudkan "bercuti"? Harap tuan dapat bantu saya dalam perkataan ini. ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bercuti bermaksud 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur. Sehubungan dengan itu, perkataan bercuti sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Makna24.03.2021
Tajuk Karangan. Tajuk 1 : "Bercuti Di Kampung" Tajuk 2 : "Bercuti di Kampung" Soalan : Antara tajuk karangan 1 dan 2, manakah yang betul?Berikan alasan.Bercuti di KampungTatabahasa25.02.2010
Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau di Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau Johor. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasihKata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang betul ialah Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau ke Johor.Tatabahasa27.02.2013
Yang manakah lebih tepat ? 1. Selepas pulang dari bercuti.... 2. Selepas pulang daripada bercuti...Ayat yang betul ialah "Selepas pulang daripada bercuti..."Tatabahasa14.05.2019
Yang manakah ayat yang paling betul untuk menulis tajuk karangan? Terdapat sedikit kekeliruan berkenaan tentang penggunaan huruf besar dan huruf kecil bagi tajuk berikut: 'Bercuti Di Kampung' atau 'Bercuti di Kampung'. Diharap pihak DBP dapar membetulkan tajuk tersebut dan memberi penjelasan terhadap kekeliruan ini.Frasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", di ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil.Tatabahasa28.02.2010
123456

Kembali ke atas