Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.daf.tar] | بردفتر

Definisi : mempunyai daftar, termasuk (ter­catat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah di­catatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.daf.tar] | بردفتر

Definisi : 1 mempunyai daftar. 2 termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaftar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf, saya masih keliru dengan penjelasan mengenai perbezaan antara Institusi dengan Agensi. Sebagai contoh, pertubuhan A adalah NGO yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. A mempunyai jawatankuasa M yang menguruskan hal ehwal remaja, dan P yang menguruskan bantuan kepada rakyat di negara-negara susah. M tidak berdaftar tetapi P berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. Adakah kedua-dua M dan P agensi atau institusi atau bagaimana? Terima kasih.Dari aspek bahasa kami telah memberikan maklumat tentang maksud institusi dan agensi. Permasalahan tuan lebih menjurus kepada hal teknikal, maka lebih baik tuan kemukakan hal ini kepada pihak pendaftar, iaitu pihak yang berwenang dalam hal pendaftaran.Tatabahasa13.10.2014
Tuan/Puan, Betulkah tatabahasa "orang itu abai mengambil surat berdaftar itu"? Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah Orang itu mengabaikan surat berdaftar itu atau Orang itu mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu.

Tatabahasa17.09.2021
Assalamualaikum dan hi, Boleh saya tahu, untuk Cap Dagangan (nama produk terutamanya) yang rasmi berdaftar dengan myIPO boleh ditransliterasikan kepada tulisan Jawi? contoh: Adobe®, Adobe Flash® Adakah nama produk tersebut perlu dikekalkan dalam tulisan Rumi apabila menulis teks dalam tulisan Jawi?Teks yang telah dicapdagangkan, dikekalkan seperti yang berdaftar. Sekiranya perlu, tuan boleh menambah tulisan Jawi di bawahnya tetapi teks yang berdaftar hendaklah dikekalkan. Lain-lain20.12.2023
Semua saksi dalam perbicaraan itu berdaftar sebelum dibenarkan menjadi saksi perbicaraan tersebut tuan, apakah kesalahan dalam ayat itu? TQKata kerja yang tepat ialah mendaftar (bukan mendaftar). Sila semak fakta yang digunakan dan semak penggunaan kata yang hendak digunakan di www.prpm.dbp.gov.my.Tatabahasa07.02.2012
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIATajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA.Tatabahasa20.08.2019
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan “di lebih” / “dilebih” dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah.Tatabahasa04.10.2013
Syarikat kami Siah Home Relaxing Sdn Bhd (1073206-X) sudah berdaftar dan ingin memperniagakan. Kami memohon perlesenan pada MHDS memperolehi bersetujukan mohon kelulusan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sebab kami perlu diiklanan di halaman surat khabar dan signboard perniagaan. Harap dapat kelulusan pada Dewan Bahasa Dan Pustaka dan memberi nasihat apa perlu. Terima Kasih

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain20.06.2017
Apakah perbezaan antara Institusi dan Agensi? Yang mana yang perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Pendaftar?Institusi ialah badan yang melaksanakan tugas yang bersifat am seperti institusi pengajian tinggi. Agensi ialah badan yang menjalankan urusan tertentu seperti agensi kerajaan. Sila sahkan maklumat yang tuan perlukan, adakah tuan maksudkan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan? Jika begitu, syarikat dan pertubuhan yang perludidaftarkan dengan kedua-dua pendaftar tersebut.Tatabahasa09.10.2014
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor".Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2015
Boleh tak menterjemahkan ''Authorised Service Dealer '' ke Bahasa Melayu?Tidak ada istilah Authorised Service Dealer dalam pangkalan data kami, istilah yang ditemui ialah Authorized Dealer iaitu Peniaga Berdaftar. Oleh itu, kami cadangkan padanan bagi Authorized Service Dealer ialah Pemberi Servis Berdaftar.Istilah07.06.2011
1234567

Kembali ke atas