Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdahan

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Hilir mudik batang berdahan,
     Batang mengkudu pecah uratnya;
Haus lapar dapat kutahan,
     Hati rindu apa ubatnya?


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPucuk turi berdahan merah, Tempat rama-rama duduk bergantung; Buah hati janganlah marah, Risaunya hati tidak tertanggung.
Kurik Kundi Merah SagaHilir mudik batang berdahan, Batang mengkudu pecah uratnya; Haus lapar dapat kutahan, Hati rindu apa ubatnya?
Kurik Kundi Merah SagaKalau berdaun lebat sangat, Kalau berdahan dapat dititi; Kalau setahun lambat sangat, Kalau sebulan boleh dinanti.
Kurik Kundi Merah SagaKalau berdaun lebat sangat, Kalau berdahan dapat dititi; Kalau setahun lambat sangat, Kalau sebulan boleh dinanti.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaPasang api menambah pukat, Aur perindu tidak berdahan; Buah hati mari dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati pelampung pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati melampung pukat, Sayang belunuk tidak berdahan; Buah hati ke mari dekat, Dendam rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaBatang mari kepala pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Aku rindu tiada tertahan.

Kembali ke atas