Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.daÖ.wat]/[ber.da/.wat] | بردعوت

Definisi : 1. ada atau berisi dakwat: pen saya tidak ~; 2. dilumuri dakwat; alang-alang ~ biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan alang kepalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.daÖ.wat]/[ber.da/.wat] | بردعوت

Definisi : 1 berisi (ada) dakwat: Pena Ani tidak ~. 2 dilumuri dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdakwat

Peribahasa

Mati-mati berdakwat biar hitam.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah ‘ membuat sesuatu kerja tanpa berputus asa ‘ diterima sebagai maksud bagi Peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam ?Peribahasa "alang-alang berdakwat biar hitam" bermaksud berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. Kepalang tanggung bermaksud kurang sempurna.Makna03.12.2022
Ayat mana yang lebih tepat: saya menulis menggunakan pen biru. ATAU saya menulis menggunakan pen berdakwat biru.Lazimnya warna pen menandakan warna dakwatnya, maka ayat "saya menulis menggunakan pen biru" adalah betul.Tatabahasa16.07.2013
Salam Sejahtera, Saya mencari makna peribahasa alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam carian, saya memperoleh dua maklumat yang berbeza; 1. carian 'alang-alang' - peribahasa tersebut membawa maksud kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; (muka surat 31) 2. carian 'pekasam' - peribahasa tersebut membawa maksud membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang. (muka surat 1161) Oleh itu, saya mohon penjelasan tentang maksud sebenar peribahasa ini. Adakah peribahasa ini juga membawa maksud yang sama dengan peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam dan alang-alang mandi biar basah? Terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu. Justeru, makna yang lebih tepat ialah makna yang terkandung dalam kamus tersebut. Walau bagaimanapun, makna peribahasa tersebut yang dihuraikan oleh Kamus Dewan juga banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada kontesk penggunaannya ketika itu.Tatabahasa04.09.2015

Kembali ke atas