Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da. mai] | برداماي

Definisi : 1. berbaik semula (tidak lagi ber­gaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. ber­muafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da. mai] | برداماي

Definisi : 1 berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2 bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu, kita boleh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdamai

Peribahasa

Luka sudah hilang,
     parutnya tinggal juga.

Bermaksud :

Orang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia tetap tidak mahu berdamai. Apakah fungsi kata bagi perkataan “tetap” di atas?Fungsi perkataan "tetap" dalam ayat tersebut ialah kata tugas yang mendukung makna penegas.Tatabahasa31.07.2020
Apa beza 'pendamaian' dengan 'perdamaian'?Pendamaian bermaksud perihal mendamaikan dan perdamaian bermaksud perihal berdamai.Makna20.06.2013
adakah betul perkataan 'memperdamaikan'? adakah damai kata nama atau adjektif?Perkataan memperdamaikan boleh digunakan yang bermaksud membaikkan semula dua pihak yang bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dan lain-lain) atau menjadikan berdamai. Contoh ayat, Dia mencuba memperdamaikan orang-orang Israel dengan orang-orang Palestin.Tatabahasa16.08.2010
Adakah ini maksud 'invader' dalam bahasa Melayu?

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengakui telah berlaku kesilapan sewaktu proses pemindahan daripada salinan keras kepada salinan lembut. Maksud invader yang betul adalah seperti maklumat di bawah:

invader

  • n approp n + yg menyerang (sst): the ~s were driven back with heavy losses, tentera yg menyerang itu diusir dan mengalami kekalahan yg teruk; they were forced to make peace with the ~s, mereka terpaksa berdamai dgn negara yg menyerang negara mereka.
Makna25.01.2018

Kembali ke atas