Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da. mai] | برداماي

Definisi : 1. berbaik semula (tidak lagi ber­gaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. ber­muafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da. mai] | برداماي

Definisi : 1 berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2 bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu, kita boleh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdamai

Peribahasa

Luka sudah hilang,
     parutnya tinggal juga.

Bermaksud :

Orang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peacemakerpendamaiSejarahTiadaOrang yang merancang atau mencari jalan tengah atau usaha berdamai antara pihak-pihak yang bertelingkah.
peace feelerura damaiSejarahTiadaOrang yang merancang atau mencari jalan tengah atau usaha berdamai antara pihak-pihak yang bertelingkah.
covenant of peaceperjanjian damaiSejarahTiadaPermuafakatan atau persetujuan antara pihak yang berbalah untuk berdamai melalui satu perjanjian.
brinkmanshipnekad-siagaSains PolitikHubungan AntarabangsaStrategi yang digunakan pada masa krisis untuk memaksa pihak lawan mengambil keputusan berdamai. Intipati strategi ini adalah dengan memanipulasi perkongsian risiko keganasan yang diandaikan tidak diingini oleh pihak yang bertelagah. Idea strategi ini dimulakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, J.F. Dulles semasa pentadbiran Dwight D. Eisenhower pada tahun 1950-an. Contohnya, J.F. Kennedy telah menggunakan strategi ini ketika menghadapi krisis peluru berpandu Cuba pada tahun 1962.
sulh ‘an iqrarperdamaian berdasarkan pengakuanPerniagaan IslamTiadaAkad perdamaian antara dua pihak berkaitan dengan tuntutan produk atau perkhidmatan disebabkan wujud pengakuan daripada pihak yang dituntut. Contohnya, dakwaan A bahawa rumah kepunyaan B adalah miliknya. Kemudian, apabila ternyata rumah tersebut milik A, mereka berdamai dengan persetujuan bahawa B membayar harga tertentu kepada A.

Kembali ke atas