Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dar.jat] | بردرجت

Definisi : 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat), berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yg ~, aku diterajangnya; 2. = ber­darjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): masyarakat yg masih ~-darjat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dar.jat] | بردرجت

Definisi : 1 berkedudukan (berketurunan, berkelulusan) tinggi; berpangkat. 2 ada darjatnya: satu masyarakat yg ~-darjat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdarjat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya mendapati bahawa kata "cinta", "kasih" dan "sayang" dapat bertaraf dua, iaitu kata nama dan kata sifat. Jika "cinta", "kasih" dan "sayang" sudah berdarjat nama yang bermaksud rasa suka sangat, mengapakah ditokokkan apitan ke-...-an pada ketiga-tiga kata nama tersebut untuk membentuk kata nama "kecintaan", "kekasihan" dan "kesayangan" lagi? Saya berpendapat bahawa "kecintaan", "kekasihan" dan "kesayangan" tidak diperlukan kerana "cinta", "kasih" dan "sayang" sudah sedia kata nama, jadi "kekasihan", "kecintaan" dan "kesayangan" terbitan lebihanlah. Mungkin orang salah menganggap bahawa "cinta" hanya bergolongan satu, kata sifat, jadi untuk menamakan sifat "cinta", apitan ke-...-an ditokokkan pada "cinta" untuk membentuk nama "kecintaan". Sebenarnya pengimbuhan ke-...-an itu tidak diperlukan sama sekali kerana "cinta" sudah sedia nama dan juga dapat bekerja sifat bergantung pada cara penggunaan dalam ayat. Kesimpulannya, "cinta", "kasih" dan "sayang" berdwigolongan kata, iaitu sifat dan nama. Betulkah faham saya ini?Ketiga-tiga perkataan yang dikemukakan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekiranya tuan tidak bersetuju dengan kewujudan perkataan tersebut, sila kemukakan pertanyaan kepada Bahagian Perkamusan, DBP.  Tatabahasa18.12.2016

Kembali ke atas