Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dau.lat] | برداولت

Definisi : 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dau.lat] | برداولت

Definisi : 1 mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan): Malaysia merupakan negara yg ~. 2 bertuah; berbahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaulat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya faham 'membangun' adalah kata adjektif sebagaimana yang terdapat dalam frasa 'negara yang membangun'. Tetapi bolehkah 'membangun' digunakan sebagai kata kerja seperti dalam ayat 'Tugas membangun negara yang berdaulat adalah tugas setiap rakyat Malaysia'? Terima kasih.Perkataan yang sesuai dalam ayat tersebut ialah membangunkan, "Tugas membangunkan negara yang berdaulat adalah tugas setiap rakyat Malaysia" kerana membangunkan dalam konteks ini bermaksud membina atau mendirikan.Tatabahasa21.09.2015
apakah yang dimaksudkan bahasa melambangkan negara terbilang?

Sesebuah negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan, yang juga menjadi bahasa rasmi negara berkenaan. Di Malaysia, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu sebagaimana  tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama  dalam sistem persekolahan di semua sekolah rendah kerajaan, menengah dan kemudian di peringkat universiti apabila ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di pusat pengajian tinggi awam diperluaskan. Melalui sistem pendidikan ini, bahasa Melayu menjadi alat utama adalam sistem pendidikan kebangsaan. Kesan daripada pelaksanaan sistem ini, terbukti ramai graduan tempatan dilahirkan dengan cemerlang hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menyumbang ke arah pembangunan negara dalam bidang ekonomi, pelajaran, politik, kesihatan, pertanian, perindustrian,pertahanan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan perlu dipertahankan, diperkasakan dan dikembangkan sesuai dengan ledakan maklumat semasa agar bahasa kebangsaan tidak statik, sebaliknya mampu dijadikan bahasa ilmu, bahasa komunikasi sosial, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang, bahasa teknologi maklumat dan bahasa  perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjana ke arah menjadikan sesebuah negara itu terbilang.

Lain-lain03.03.2008
apakah definisi bagi bahasa kebangsaan,faktor,fungsi dan bahasa melayu.

Saudara,

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi sesbuah negara yang berdaulat. Bahasa ini menjadi lambang perpaduan negara dan biasanya dikaitkan dengan gerakan kebangsaan yang menyeluruh bagi satu-satu negara. Untuk maklumat lanjut, saudara perlu membuat kajian dan penyelidikan di perpustakaan.

Makna16.09.2009
Apakah maksud istilah 'negara bangsa' dalam frasa 'citra negara bangsa'. Bolehkah 'negara bangsa' digunakan untuk menggantikan perkataan 'bangsa'. Apakah perbezaan di antara kedua-dua perkataan?Istilah negara bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Negara bangsa merupakan suatu istilah yang sama sekali berbeza dengan bangsa kerana bangsa hanya merujuk kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan.Istilah19.12.2008
APAKAH MAKSUD KEMERDEKAAN YANG SEBENARMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh me­lakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan mele­paskan drpd penjajahan (kurungan dll), mem­bebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll).
Manakala kemerdekaan ialah perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957;
Tatabahasa07.09.2012
adakah penggunaan perkataan "pemerkasaan" dalam ayat adalah betul, atau penggunaan ayat memperkasakan lebih tepat?Kata terbitan 'pemerkasaan' dan 'memperkasakan' adalah betul, memperkasakan (kata kerja) bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya), manakala pemerkasaan (kata nama) ialah perihal memperkasakan.Tatabahasa08.03.2011
saya nama chenurisa cehsoh.saya belajar bahasa melayu. saya ingiin bertanya tentang bahasa melayu.Apakah makna merdika.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh me­lakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan mele­paskan drpd penjajahan (kurungan dll), mem­bebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll).
Makna11.11.2015
saya name chenurisa ceh-soh.saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu.Apakah makna merdeka.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh me­lakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan mele­paskan drpd penjajahan (kurungan dll), mem­bebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll).
Makna10.11.2015
"memberdaya personaliti insan guru" satu tajuk yang disampaikan dalam satu ceremah motivasi. Sesuaikah perkataan "memberdaya" untuk menggantikan perkataan "memperkasa".

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan memberdaya tiada dalam rujukan kami,  yang ada ialah perkataan mendayai atau kedayaan bagi maksud memberi tenaga atau kebolehan membuat sesuatu. Manakala memperkasakan pula bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya).  Daripada huraian di atas menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza.

Makna11.02.2009
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
 
Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu".
Tatabahasa31.10.2013
12

Kembali ke atas