Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.daun] | برداءون

Definisi : mempunyai daun, tumbuh (ber­cambah) daunnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.daun] | برداءون

Definisi : 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaun

Puisi
 

Kalau berdaun lebat sangat,
     Kalau berdahan dapat dititi;
Kalau setahun lambat sangat,
     Kalau sebulan boleh dinanti.


Lihat selanjutnya...(15)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekumpulan kerbau sedang berkubang di bawah pokok yang berdaun kurus itu. munsyi, adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? TKAyat yang gramatis Sekumpulan kerbau berkubang di bawah pokok yang berdaun kecil itu.Tatabahasa18.05.2012
Semua pokok botak apabila tiba musim luruh. apakah kata yang paling sesuai utk gantikan kata botak?Perkataan yang sesuai ialah pokok tidak berdaun apabila tiba musim luruh.Lain-lain25.08.2010
Adakah maksud berbeza antara "rumput" , "rerumput" serta "rumput-rumput" ? Atau perkataan tersebut hanya beza dalam kategori tatabahasa sahaja?
"Rumput" tergolong dalam kata dasar yang bermaksud sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dan sebagainya)

"Reremput" berasal daripada proses penggandaan separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar "rumput". Contoh lain: lelaki, sesiku, tetikus, pepohon dan sebagainya. 

"Rumput-rumput" tergolong dalam kata ganda penuh iaitu proses mengulang keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar bentuk tunggal atau berimbuhan. Contohnya: meja-meja, cerpen-cerpen, pemimpin-pemimpin dan sebagainya. 

Tatabahasa23.10.2022
assalammualaikum. di sini saya ada beberapa soalan yang ingin diajukan. diharap pihak tuan dapat membantu. 1. apa beza RUMPUT dengan RUMPAI? 2. SEAGRASS atau SEA GRASS? saya pernah terbaca artikel, "seagrass atau juga rumpai laut ialah... " & satu lagi artikel, "seagrass atau juga rumput laut ialah..." soalan saya yang ke-3: 3. seagrass bermakna RUMPUT LAUT atau RUMPAI LAUT? atas segala perhatian & bantuan tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.1. Rumput ialah sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil). Rumpai ialah rumput dan tumbuh-tumbuhan kecil lain yang tidak berguna di kawasan yang telah diusahakan.
2. Perkataan yang betul ialah sea grass ialah rumput laut, tidak ada seagrass dalam pangkalan data kami.
Tatabahasa05.07.2012
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasihEjaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang.

perepat1

ڤرڤت n pedada (tumbuhan);
perepat laut pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan;
perepat merah perepat laut.


perepatڤرڤت Palembang ark n kawan.


pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat.

Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya.
Lain-lain12.03.2022
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023

Kembali ke atas