Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berkemampuan utk maju dan berkembang: seharusnya usahawan bumiĀ­putera perlu lebih ~ dan berdaya saing dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif dan mencabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mempunyai kemampuan utk maju dan berkembang: Para usahawan hendaklah berdaya saing dan ~ dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan: perkataan yang paling sesuai dengan istilah "kedayahidupan" dan "berdayahidupan". Contoh persoalan adalah seperti yang dilampirkan. Jasa baik amat dihargai. Sekian, terima kasih.Perkataan yang lebih sesuai  digunakan ialah berdaya maju.Istilah22.04.2008
Apakah perbezaan proaktif dan produktif ? Contoh soalan: Saya akan jadikan pagi ini pagi yang (proaktif/produktif).Merujuk kamus terbitan terkini DBP, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

proaktif adj
1 (berkenaan dengan langkah, tindakan, fikiran dsb) jauh ke hadapan dan lebih baik drp jangkaan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb dgn cekap dan berkesan:
Kerajaan negeri sudah merangka langkah proaktif bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup rakyat.Cara didikan anak-anak haruslah lebih proaktif, sesuai dgn perkembangan zaman.
2 (berkenaan dengan seseorang) mampu berfikir dan bertindak pantas serta jauh ke hadapan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb:
Hanya ketua eksekutif yg benar-benar proaktif dan berwawasan berani membuat perubahan supaya syarikat lebih berdaya maju.Bank perlu lebih proaktif dlm mengambil langkah utk meningkatkan kepercayaan pelanggan mereka.

produktif adj
1 (berkenaan dengan seseorang) berupaya atau mampu mengeluarkan hasil yg banyak atau menguntungkan:
Golongan peniaga hendaklah lebih produktif dan mencari kaedah pemasaran yg lebih berkesan. Penulis perlu lebih produktif dan kreatif dlm berkarya.
2 (berkenaan dengan sesuatu) berkesan, bermanfaat dsb ke arah menghasilkan sst yg baik, berkualiti dsb:
Kursus ini bertujuan utk melahirkan gaya hidup yg sihat dan produktif.Minggu ini merupakan minggu yg produktif. Farooq menyifatkan rundingan itu amat produktif kerana pelbagai syor yg berbeza dibincangkan.
3 (berkenaan dengan wanita, tanaman dsb) berupaya melahirkan anak atau membiak:
Dia masih produktif dan telah melahirkan anak yg kelima dlm usia 40-an.

Penggunaan dan pemilihan kata adalah bergantung kepada maksud dan konteksnya. Maka, Saya akan menjadikan pagi ini pagi yang produktif.
Makna04.06.2023
implikasi-implikasi bahasa rojak

Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Bahasa rojak ialah bahasa yang  tidak menggunakan tatabahasa yang betul.  Implikasi atau kesan penggunaan bahasa rojak boleh merosakkan bahasa Melayu dan pengguna tidak dapat membezakan antara bahasa yang betul dengan tidak, melahirkan bangsa Malaysia yang tidak berdaya maju dan kurang berilmu dan seterusnya boleh menyebabkan hilangnya jati diri kita sebagai masyarakat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain.  

 

Lain-lain06.02.2009

Kembali ke atas