Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berkemampuan utk maju dan berkembang: seharusnya usahawan bumi­putera perlu lebih ~ dan berdaya saing dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif dan mencabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mempunyai kemampuan utk maju dan berkembang: Para usahawan hendaklah berdaya saing dan ~ dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
viableboleh hidup; berdaya majuPentadbiranTiadaTiada
viable technologyteknologi berdaya majuEkonomiTiadaTiada
minimum viable product (MVP)produk berdaya maju minimumTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu teknik pembangunan produk atau tapak web e-pembelajaran baharu dengan ciri-ciri minimum, tetapi memadai untuk pengguna awal kepada produk tersebut.
sustainable productionpengeluaran mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembuatan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan sistem yang bebas daripada pencemaran, penjimatan tenaga dan pemuliharaan sumber asli. Pengeluaran mampan boleh menghasilkan ekonomi yang berdaya maju dan menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan pengguna.
BCG portfolio frameworkkerangka portfolio BCGPengurusanPerancanganKerangka yang diwujudkan oleh kumpulan penyelidik di Boston Consulting Group (BCG) untuk menilai kedudukan strategik setiap portfolio unit perniagaan strategik (SBU). Penilaian dibuat berdasarkan kedudukan SBU dari segi kadar pertumbuhan perniagaan dan syer pasaran relatif. Kadar pertumbuhan perniagaan melihat kepada potensi SBU untuk berdaya maju pada masa hadapan, manakala syer pasaran relatif merujuk sejauh mana SBU menguasai pasaran. Elemen-elemen dalam kerangka portfolio BCG termasuk Bintang (Stars), Tanda Soal (Question Marks), Lembu Kontan (Cash Cows) dan Anjing (Dogs). Lihat juga unit perniagaan strategik.
corporatizationpengkorporatanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau proses pewujudan perbadanan atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan ciri-ciri perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. Pengkorporatan mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada kecekapan, keberkesanan, kecemerlangan dan produktiviti yang tinggi. Selain itu, pengkorporatan juga memberikan penekanan kepada budaya yang berorientasikan pelanggan, pengurusan yang cekap, berdedikasi, berdisiplin, rajin, profesionalisme, inovatif, berdaya saing, agresif, semangat keusahawanan serta sikap dan nilai-nilai positif untuk maju ke hadapan. Sebagai contoh, pengkorporatan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan usaha pihak pemerintah untuk mewujudkan universiti yang maju, mapan dan bertaraf antarabangsa bagi melahirkan graduan yang berdaya saing.

innovative thinkingpemikiran inovatifPengurusanPerancanganKeupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai �berfikir di luar kotak�. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju.
public accountabilityakauntabiliti awamPentadbiranPentadbiran Awam

Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.


Kembali ke atas