Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.gil] | بردݢيل

Definisi : berkeras hati (tidak mahu berganjak daripada pendirian dan sebagainya), enggan menurut perintah (suruhan, tegahan, dan lain-lain): anak itu tetap berdegil menga¬takan bukan dia yang mencuri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.gil] | بردݢيل

Definisi : enggan menurut perintah, nasihat, tegahan dll: Jangan ~ lagi, lekas buat apa yg disuruh oleh guru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdegil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa ada sebilangan pengguna bahasa yang berdegil mengeja Iduladha dan Idulfitri sedangkan dalam Kamus Dewan jelas penggunaan dan pengejaan telah dimelayukan menjadi Aidiladha dan Aidilfitri?

Ejaan yang betul ialah Aidilfitri dan Aidiladha. Pengguna bahasa Melayu sewajarnya merujuk Kamus Dewan untuk  mengeja kata yang betul.

 

Ejaan30.11.2009
1. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya (kata kerja) ....................... mesyuarat tersebut. 2. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan (disenaraihitamkan / disenarai hitamkan) supaya menjadi (kata nama) ..................... kepada pekilang yang lain. 3. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua bijitayar kereta yang dipandunya meletup. Manakah istilah salah dan istilah betul? 4. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh. Kesalahan istilah - bergadai? : mengorbankan / menggadaikan 5. Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera. Manakah istilah salah dan istilah betul? 6. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit. Manakah istilah salah dan istilah betul?Adakah kami diminta mengisi tempat kosong pada ruangan yang disediakan? Kami tidak ada maklumat tentang konteks penggunaan dan maksud ayat. Pandangan kami ayat ini perlu dibetulkan kepada "Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut".
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan melengkapkan buku kerja atau menyediakan jawapan kepada soalan yang dibina. Hal ini perlu ditangani oleh kumpulan penulis/penyemak yang dilantik. Jika ada sebarang perbincangan tentang isu bahasa bolehlah dikemukakan kepada pihak kami. 
Tokoh26.11.2016
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut:
1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti.
3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan  keselamatan diri mereka sendiri.
6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara.
Tatabahasa06.10.2014
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai perkataan "rigid". Adakah perkataan ini terdapat di dalam kamus bahasa?. Ayat yang ingin dibina. "Peraturan yang dikuatkuasa tidak rigid dan ia adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai dan warga yang bertugas".

Perkataan rigid tidak ada dalam Kamus Dewan.  DBP tidak menggunakan perkataan "rigid" dalam bahasa Melayu  sebaliknya menggunakan "tegar". Maksud "tegar" dalam Kamus Dewan1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kega­gal­an dan kelambatan mencapai perda­maian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. 

Tatabahasa17.07.2018

Kembali ke atas