Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.gup] | بردݢوڤ

Definisi : berbunyi degup: Haji Ibrahim juga cuba menguasai kegusaran Ahmad walau­pun dlm dirinya sendiri ~ debaran-debaran bimbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.gup] | بردݢوڤ

Definisi : bergerak turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); berdenyut: Jantung orang yg hidup sentiasa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdegup


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah? Jantungnya _____________kencang semasa keputusan peperiksaan diumumkan. "Berdenyut" atau "berdegup" atau kedua-dua jawapan boleh digunakan?Kamus Pelajar Edisi Kedua, BERDEGUP - bergerak turun naik atau kembang kempis; berdenyut

Kamus Dewan Edisi Keempat-BERDENYUT--bergerak turun naik atau kembang kempis spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll):

Kedua-duanya boleh digunakan bagi jantung.
Tatabahasa07.08.2012
Dadanya semakin berdebar kuat apabila terlihat seekor anjing mengekorinya dari belakang. Penggunaan kata"kuat" betul dan sesuai dalam ayat ini?Ayat yang lebih gramatis ialah "Jantungnya semakin berdegup dengan kencang apabila terlihat seekor anjing mengekorinya".Tatabahasa09.07.2013
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata "cannulate, cannulated, decannulation" dalam bidang perubatan. Kata-kata ini tidak wujud dalam PRPM. Hanya perkataan "cannula" ada digunakan, merujuk kepada kanula. contoh penggunaan kata dalam ayat: "I've almost got him cannulated" (situasi: dalam pembedahan jantung dan jantung pesakit berdegup terlalu laju, kanula ada digunakan) terjemahan: proses kanula hampir selesai (saya tak faham penggunaan cannulated di sini, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi semata-mata) "you've done decannulation of the heart today" (situasi: melibatkan pembedahan jantung pesakit) terjemahan: awak buat pembedahan dekanulasi jantung hari ini. (sekali lagi, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi) makna kata daripada theFreeDictionary.com cannulate, cannulated, cannulating "To insert a cannula into (a bodily cavity, duct, or vessel), as for the drainage of fluid or the administration of medication" decannulation "extubation of a cannula" Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Saya juga ingin memohon bantuan DBP untuk mencadangkan sebarang kamus perubatan dalam Bahasa Melayu untuk rujukan. Terima kasih.Salam sejahtera, 1. Cadangan padanan kami ialah: a. cannulate - mengkanulatkan b. cannulated - dikanulat atau terkanulat c. decannulation - pendekanulatan 2. Pihak puan boleh melayari dbpniaga.my untuk melihat buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bidang sains dan perubatan. Sekian, terima kasih.Istilah02.06.2020
Salam sejahtera, Mana satukah ayat yang betul: 1) Jantungnya berdegap-degup. 2) Jantungnya berdegap-degap. Terima kasih.

Penggunaan kedua-dua perkataan, iaitu “berdegap-degup” dan “berdegup-degup” dalam contoh ayat yang diberikan betul.

Ejaan20.02.2021

Kembali ke atas