Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.ka.tan] | بردکتن

Definisi : 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah di­laporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.ka.tan] | بردکتن

Definisi : berhampiran dgn; tidak berjauhan: Rumah-rumah yg ~ dgn Sungai Pahang habis ditenggelami air. Anaknya didaftarkan di sekolah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdekatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Frasa nama yang manakah betul? a. ( Semua hadirin / hadirin )berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku. 2. berdekatan dengan sekolah / berdekatan sekolah1. Hadirin berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku - hadirin bermaksud sekalian yang hadir.
2. Berdekatan sekolah - berdekatan bermaksud dekat dengan sesuatu.
Tatabahasa09.12.2014
Jawapan untuk 'berdekatan dengan rumah saya' atau 'berdekatan rumah saya' bercanggah antara satu sama lain.Frasa yang gramatis ialah "berdekatan rumah" kerana berdekatan bermaksud berhampiran dengan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa27.02.2012
salam. melalui pembacaan saya di khidmat nasihat laman DBP berkenaan dengan tatabahasa yang betul bagi frasa "berdekatan dengan atau berdekatan". saya keliru dengan jawapan yang diberikan kerana ada jawapan yang mengatakan salah penggunaan "berdekatan dengan". tapi, bila saya scroll ke bawah, ada jawapan yang lain yang membolehkan penggunaan "berdekatan dengan". Mohon pencerahan. Diharap, pihak DPB memadamkan/membetulkan jawapan yang salah tersebut agar pengguna tidak keliru. terima kasih"berdekatan dengan" bermaksud 1. berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat),  2. dekat (dengan sesuatu), berhampiran dengan. Contoh ayat yang betul ialah: Rumah-rumah yang berdekatan dengan Sungai Pahang habis ditenggelami air. 
Tatabahasa15.01.2021
Yang manakah betul. ( berdekatan dengan rumah saya / berdekatan rumah saya )Ayat yang betul ialah: Berdekatan rumah saya.
Jika mahu menggunakan "dengan", ayat yang betul ditulis: Dekat dengan rumah saya.
Lain-lain27.08.2014
Manakah antara frasa berikut yang betul. 1. berdekatan dengan rumah atau berdekatan rumah 2.bersama-sama dengan ibu atau bersama-sama ibu. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "berdekatan rumah" kerana berdfekatan bermaksud berhampiran dengan; dan "bersama dengan ibu atau bersama-sama ibu".Tatabahasa20.06.2011
BERDEKATANMerujuk lampiran notis yang diberi oleh pihak tuan/puan, sila buat pembetulan berdasarkan cadangan daripada pihak kami seperti yang berikut:

TANAH LOT UNTUK DIJUAL (rapatkan ejaan DIJUAL)
1. DI KAWASAN BETING TINGGI.
2. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI.
3. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN.
4. BERDEKATAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI UITM
5. BERDEKATAN DENGAN JARINGAN LEBUH RAYA BAHARU.
6. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERKAMPUNGAN.
7. BERDEKATAN DENGAN PEKAN KUALA PILAH.
8. BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI KLINIK KESIHATAN, BALAI RAYA, STESEN MINYAK, MASJID DAN LAIN-LAIN.
9. KELUASAN DARIPADA 5150 KPS.
10. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.
11. GERAN INDIVIDU
12. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI:XXX

Jika pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan bahasa berkenaan iklan ini, sila layari laman web www.dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan seperti di atas setelah pembetulan dilakukan.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.01.2018
Yang manakah betul? a. berdekatan dengan kedai/ berdekatan kedai b. berisikan air / berisi air / berisi dengan air Terima kasih. 

Sila beri ayat yang lengkap supaya pihak kami dapat memberi penjelasan dan jawapan yang tepat. 


Tatabahasa24.06.2020
Salam, Saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara "berdekatan" dan "berhampiran"? Adakah perbezaannya hanya terletak pada kesedapan ayat atau konteks kasual/formal sahaja? Adakah benar berdekatan adalah lebih formal berbanding berhampiran? Antara yang berikut, yang manakah lebih sesuai/lebih sedap didengar? "Kunjungi cawangan pusat jualan X berdekatan anda" atau "Kunjungi cawangan pusat jualan X berhampiran anda" Terima kasih :)Istilah berdekatan merujuk kepada berhampiran dengan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud berdekatan ialah berhampiran dengan atau tidak berjauhan. Manakala berhampiran pula bermaksud tidak berapa jauh dari atau berdekatan. Maka kedua-dua istilah merupakan sinonim dan boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.Makna28.12.2016
Yang mana satu betul? 1. Rumah Ali berdekatan sekolah. 2. Rumah Ali berdekatan dengan sekolah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah rumah Ali berdekatan dengan sekolah.Tatabahasa05.08.2020
Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih.Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah

1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali
2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren
Tatabahasa08.07.2020
123456

Kembali ke atas