Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.ka.tan] | بردکتن

Definisi : 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah di­laporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.ka.tan] | بردکتن

Definisi : berhampiran dgn; tidak berjauhan: Rumah-rumah yg ~ dgn Sungai Pahang habis ditenggelami air. Anaknya didaftarkan di sekolah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdekatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resolutionresolusiKimiaKimia Analisis1. Kebolehan spektrometer membezakan jalur-jalur penyerapan berdekatan atau memisahkan dua garis spektrum yang sangat berdekatan dengan sempurna. 2. Pemisahan suatu campuran atau sebatian tak aktif optik kepada komponen-komponennya yang aktif optik.
tool houserumah perkakasKejuruteraanPetroleumBangunan atau rumah yang biasanya berdekatan dengan tempat operasi digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat yang akan atau telah digunakan dalam pelaksanaan operasi yang bersangkutan. Biasanya, rumah ini berdekatan dengan tempat operasi akan dijalankan atau tempat yang mudah dihubungi supaya tidak akan mengganggu pelaksanaan operasi berkenaan.
cervical thirdsepertiga servikalPergigianTiadaKawasan satu pertiga korona gigi di bahagian bawah korona berdekatan dengan gusi. Gigi biasanya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian sepertiga atas iaitu berhampiran dengan permukaan oklusi atau insisal, bahagian sepertiga tengah dan bahagian sepertiga bawah iaitu berdekatan dengan gusi.
resolutionresolusiFarmasiTiada1. Pemisahan suatu campuran atau sebatian tak aktif optif kepada komponen-komponen yang aktif optik. 2. Kebolehan spektrometer membezakan jalur penyerapan yang berdekatan atau memisahkan dua garis spektrum yang sangat berdekatan dengan sempurna.
presynapticprasinapsBiologiFisiologiTempat berdekatan dan proksimal kepada sinaps yang diseberangi.
euhyponeustoneuhiponeustonBiologiEkologiOrganisma yang biasanya hidup berdekatan dengan permukaan air, iaitu pada bahagian 5 cm permukaan air. Misalnya, makrofit seperti keladi bunting, Eichhornia crassipes dan kutu air, Artocorixa alternata.
tailwaterair hilirHidrologiTiadaAir yang terdapat berdekatan dengan hilir suatu struktur hidraulik di sungai.
monitoring welltelaga pengawasanKejuruteraanTiadaTelaga yang digali berdekatan dengan kemudahan simpanan atau pelupusan sisa untuk memastikan keutuhan kemudahan.
active pittangki sedutKejuruteraanTiadaTangki lumpur yang berdekatan dengan pam lumpur.
suction pittangki sedutKejuruteraanTiadaTangki lumpur yang berdekatan dengan pam lumpur.
12345678910...

Kembali ke atas