Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.deng.kur] | بردڠکور

Definisi : , 2. tidur dgn nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur: apabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.deng.kur] | بردڠکور

Definisi : mengeluarkan dengkur; berkeruh: Matahari sudah tinggi tetapi Ali masih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdengkur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DENGKUR

Dengkur ialah bunyi garau dan terputus-putus

semasa tidur. Hampir setiap orang pernah

berdengkur sekali-sekala. Namun orang lelaki

lebih kerap berdengkur berbanding dengan wanita dan

kanak-kanak. Biasanya dengkur berlaku apabila

orang yang tidur bernafas melalui mulut.

UMUM 
FONETIK BAHASA MELAYU

FONETIK BAHASA MELAYU, ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdehem, bersiul, dan sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi, anatomi, pengelasan dan persepsi bunyi bahasa. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

BAHASABahasa

Kembali ke atas