Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.pan] | بردڤن

Definisi : bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.pan] | بردڤن

Definisi : 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdepan

Peribahasa

Muat tebu di haluan,
     muat halia di buritan.

Bermaksud :

Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
head-on collisionperlanggaran berdepanFizikTiadaTiada
head-on collisionperlanggaran berdepanKejuruteraanTiadaPerlanggaran dua zarah yang bergerak dalam arah berlawanan di atas satu garis lurus.
Whirpool galaxygalaksi PusarMatematikTiadaGalaksi pilin jenis Sc yang depan berdepan dengan bumi sejauh 6 mega perseks dan terletak di dalam buruj Canes Venatici.
face-to-face interactionInteraksi bersemukaPendidikanTiadaCara berkomunikasi yang melibatkan dua pihak atau lebih secara berdepan.
objective (object lens)objektif (kanta objek)MatematikTiadaKanta atau sistem kanta di dalam teleskop biasan yang berdepan dengan objek yang dicerap.
full frontalhadapan penuhKesenianDrama dan TeaterKedudukan pelakon di bahagian depan pentas yang menghadap penonton secara berdepan.
face-to-face interviewtemu bual bersemukaPendidikanTiadaTeknik pengumpulan data yang memerlukan pengkaji menemu duga respondennya secara berdepan.
fairness biasbias kesaksamaanPsikologiPsikologi UmumBias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah.
regressionregresiPsikologiPsikologi UmumSejenis mekanisme bela diri dengan cara melakukan tingkah laku yang menyerupai zaman perkembangan awal kanak-kanak apabila berdepan dengan ancaman. Contohnya, memperlihatkan tantrum apabila rakan tidak berbuat seperti yang dikehendaki. Tingkah laku lain yang berkaitan dengan regresi ialah kencing malam, bercakap seperti kebudak-budakan atau meminta dihantar balik ke rumah ibu bapa apabila berlaku pergaduhan.
counterblow hammertukul pukul-lawanKejuruteraanKejuruteraan MekanikPeranti yang digunakan dalam proses tempaan apabila pelantak dan landas dipacu ke arah satu sama lain atau arah berdepan dengan menggunakan udara termampat atau stim. Di hujung pelantak tersebut dipasang dengan acuan atas manakala acuan bawah pula dipasang pada landas. Dalam kes ini, bahan kerja yang terdiri daripada keluli yang boleh berubah bentuk tanpa membentuk retakan atau terpisah diletakkan di bahagian tengah tempat pelantak dan landas bertemu. Operasi menempa dengan kaedah ini boleh dilakukan secara tegak atau mendatar.
12

Kembali ke atas