Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dé.rét] | برديريت

Definisi : 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) pan­jang-panjang beruntun-runtun: mangsa ke­bakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dé.rét] | برديريت

Definisi : 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berderet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataa guli-gundu wujud dalam kosa kata BM? Dan bolehkah berderet-deret digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk sebaris kereta?Perkataan “guli” dan “gundi” wujud dalam kosa kata bahasa Melayu, tetapi tidak wujud kata ganda berentak “guli-gundu” kerana gundi juga merujuk kepada guli. Kata “berderet-deret” ialah kata kerja bukannya penjodoh bilangan.Tatabahasa13.03.2014
Adakah pilihan jawapan bagi ayat yang diberikan ini betul? Kalau betul, yang mana satu jawapan yang sesuai? Sejak petang lagi, orang ramai sudah _________ ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. A. Bergegas-gegas B. beratus-ratus C. Berduyun-duyun D. Berderet-deretJawapan yang betul ialah berduyun-duyun.Tatabahasa25.07.2013

Kembali ke atas