Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dia.log] | برديالو

Definisi : mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dia.log] | برديالو

Definisi : 1 bercakap; berbicara (dlm lakonan dll). 2 bertukar-tukar pendapat dan bersoal jawab mengenai sesuatu: Mereka terus ~ mengenai isu yg hangat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdialog


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Jika Pak Cik Rajan berdialog dengan seorang budak, dia perlu menggelar dirinya pak cik atau saya atau kedua-duanya boleh?Dalam kesantunan berbahasa 'saya' sebagai kata ganti nama diri pertama tunggal paling umum dan luas penggunaannya dalam urusan rasmi secara umum. Menjawab soalan yang diberikan, maka 'saya' boleh digunakan untuk merujuk kata diri pertama. Namun dalam situasi tidak rasmi dan menimbulkan kemesraaan, 'pak cik' juga boleh digunakan.Tatabahasa09.01.2013
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
maksud komunikasi non verbal dan komunikasi verbal?

Komunikasi verbal : komunikasi secara lisan (bercakap, berdialog, berbual, dsb.)

Komunikasi non-verbal: komunikasi bukan secara lisan, bukan ujaran (bahasa isyarat, bahasa tubuh, kontak mata, penggunaan objek, dsb.)

Makna20.08.2009
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang kata ganti diri nama untuk tuanku, adakah tuanku hanya digunakan untuk raja? Bagaimana pula dengan putera? Contohnya, jika pembantu bercakap dengan putera, kata ganti nama diri adalah patik dan tuanku? Jika raja dan putera terlibat dalam perbualan, maka apakah kata ganti diri nama untuk membezakan kedua-duanya? Terima kasih.

Apabila Tuanku berdialog dengan anaknya, kata ganti diri untuk keluarga diraja biasanya menggunakan  sapaan anakanda  dan ayahanda.  Manakala kata ganti diri raja dan putera raja ketika berdialog dengan pembantu  ialah beta dan pembantu pula menggunakan kata ganti diri patik.

Istilah21.08.2017
1. 'Ibu bapa berbangga akan kita' atau 'Ibu bapa berbangga dengan kita' 2. Apakah perbezaan penggunaan berdiskusi dan mendiskusikan

Ayat yang betul ialah “Ibu bapa berbangga akan kita”

Berdiskusi adalah berbincang mengenai sesuatu perkara, isu dan sebagainya secara formal.  Contoh:  Pusat Budaya ialah tempat pertemuan seniman untuk berdialog, berdiskusi, berforum dan berkarya.

Mendiskusikan adalah membicarakan sesuatu melalui diskusi.  Contoh:  Mereka dapat mendiskusikan masalah mereka dengan negara-negara yang memiliki agama, politik dan ideologi yang sama dengan mereka. 


Tatabahasa04.01.2023
APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kam­pung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pe­mandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah.  

Tatabahasa28.09.2010
Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut?

1. Monolog terbahagi kepada dua:

i. Monolog dalaman iaitu percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Untuk monolog dalaman, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik tunggal (‘ ’).

ii. Monolog luaran iaitu percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara, sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Untuk monolog luaran, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik (“ ”).

Contoh ayat yang diberikan tidak menyalahi penggunaan tanda petik (‘ ’) atau tanda petik (“ ”) kerana ayat tersebut boleh diucapkan secara monolog dalaman atau luaran.

a. 'Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini.'

b. "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini."

 

2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi”, untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi.

 

3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan.  

Lain-lain18.11.2021

Kembali ke atas