Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.diam] | برديام

Definisi : = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.diam] | برديام

Definisi : = ~ diri 1 tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2 ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong berdiam Tolong diam Yang manakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah "Tolong diam!"Tatabahasa15.10.2023
tablet berdiam diritablet tidak bertindakTatabahasa18.09.2008
Berdiam diri () lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak mendatangkan faedah Amemang Bhanya Cjuga Dsahaja Mana satu yang betul Terima kasihAyat "Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak mendatangkan faedah" adalah betul dan tidak perlu ditambah dengan perkataan lain.Tatabahasa26.04.2022
Kata Hubung 1. __________umurnya 70 tahun,_________dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengadakan-ngadakan _____hari ___ menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan __________ buku Latihan __________buku kerja. 4. “___________ saya tidak dihiraukan, ___________ awak ,” kata Amin kepada Dali. 5. __________ Siew Lan kurus, ___________ dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 7. “ Anak gadis Datuk Ramzi ____________bijak________ juga peramah,” kata Dato’ Azlan. 8. Bersenam _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 9. “ ________ lelaki _________ perempuan, sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,”kata ketua kampung. 10. ___________ terus berdiam, ___________ saya berterus terang sahaja.
Penggunaan kata hubung yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Walaupun umurnya 70 tahun, tetapi dia masih bertenaga.

2. Sikap Faridah yang mengada-ngada semakin hari  semakin menjadi.

3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan beberapa buku latihan dan buku kerja.

4. “Walaupun saya tidak dihiraukan, janganlah awak kecewa,” kata Amin kepada Dali.

5. Walaupun Siew Lan kurus, tetapi dia kuat makan.

6. Rumah di hujung pekan itu sangat  baik untuk fizikal dan mental kita.

7. “Anak gadis Datuk Ramzi terlalu bijak dan juga peramah,” kata Dato’ Azlan.

8. Bersenam sangat baik untuk fizikal dan mental kita.

9. “Baik  lelaki  mahupun perempuan, bersama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,” kata ketua kampung.

10. Daripada terus berdiam, sebaiknya saya berterus terang sahaja.

Tatabahasa06.10.2021

Kembali ke atas