Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.ka.ri] | برديکاري

Definisi : berdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain utk menolongnya: belajar hidup ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.ka.ri] | برديکاري

Definisi : berdiri atas kaki sendiri; tidak bergantung pd bantuan orang lain: hidup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdikari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan berkerjasama,berdikari gigih,tekun,amanah,bijaksana dan ikhlasBekerjasama ialah bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengancara saling membantu, bergotong-royong. Berdikari ialah tidak mengharapkan orang lain untuk menolong. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri. Tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh. Amanaha ialah kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Bijaksana ialah berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati. Ikhlas ialah hati suci, tidak menipu dan tidak berpura-pura.Makna16.03.2008
Kerja sama atau kerjasama? "Kerja" dan "sama" dua morfem bebas, kan? Morfem bebas dieja terpisah daripada satu sama lain kerana dapat berdikari dalam ayat. Hanya morfem terikatlah yang dieja rapat, seperti awalan meN- pada kata "membasuh" dan partikel -lah pada kata "berikanlah". Tiadalah alasan untuk D.B.P. membentuk senarai kata majmuk mantap kerana D.B.P. membentuk kata majmuk mantap atas kelaziman masyarakat yang merupakan sikap yang tidak betul kerana kelaziman masyarakat itu, iaitu pengejaan "keretapi", "kerjasama", "matahari" tidak berasaskan tata bahasa bahawa morfem bebas dapat berdikari. Jika pengejaan "kerjasama" yang kelaziman masyarakat kata majmuk mantap, "keretapi" juga kelaziman masyarakat, mengapakah tidak dikira kata majmuk mantap?Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.

Perkataan kereta api dieja terpisah.Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, 
Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia.
Lain-lain09.09.2017
CContoh ayat 1."Saya galakkan kamu semua berdikari", kata Ali. 2. Galakkan anak-anak kecil menabung untuk kesenangan masa depan. Ayat 1 atau ayat dua yang betul atau kedua-duanya salah.Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa18.09.2008
Mohon dapatkan frasa berikut dalam BM: - independent living - job placement officer - job coach T.kasih

1. independent living - hidup berdikari

2. job placement officer - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami.  Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk job placement, iaitu penempatan kerja. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah pegawai penempatan kerja.

3. job coach - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Istilah yang dicadangkan ialah jurulatih kerja.

Istilah01.07.2011
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara perkataan klasifikasi. kategori dan jenis? Bolehkan ia digunakan secara bertukar ganti? 2. Apakah padanan yang sesuai untuk frasa 'degree of individualization'? 3.Adakah kendiri dan berdikari membawa maksud yang sama?. Bolehkah ia digunakan secara bertukar ganti? Terima Kasih.

Kasifikasi: 1. penyusunan mengikut kelas; 2. susunan sistematik ke dlm kumpulan menurut kriteria yg ditetapkan.

Kategori: 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah peng guna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah);

Jenis: golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa.

Kata tersebut tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. 

Padanan untuk frasa 'degree of individualization' tiada dalam rekod kami. Mungkin "Darjah keperibadian" boleh digunakan.

Kendiri bermaksud sendiri dan berdikari bermaksud berdiri atas kaki sendiri. Kata tersebut juga tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. 

Makna01.07.2009
Betulkah ayat di bawah: 1) Program ini memperkukuh dan mendorong kesediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. 2) Kedua-dua anak perempuan saya menjadi lebih berdikari dan expresif setelah menyertai program ini.

Ayat sepatutnya:
1) Program ini memperkukuh dan mendorong persediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

2) Ejaan expresif salah, yang betul ekspresif tetapi dalam konteks ini perkataan ekspresif tidak sesuai kerana ekspresif bermaksud perbuatan, tulisan, lukisan, dan sebagainya yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas, contoh ayat Ghafar lebih memperlihatkan kesan ekspresif.

Tatabahasa29.06.2010
Assalam, Saya pensyarah uthm sedang membangunkan polisi memerlukan terjemahan tepat bagi perkataan berikut 1) self-reliant 2) self-improvement Terima kasih atas maklum balas Dr AliasWaalaikumussalam...
Terjemahan yang sesuai bagi:
 1) self-reliant - berdikari
2) self-improvement - kemajuan diri
Makna12.06.2017
Saya ingin menanyakan maksud PENGAKAP (scout) High Clifford pernah mengatakan Dato' Bahaman ialah pengakap terhandal di Tanah Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan pengakap?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "pengakap" ialah 1. persatuan beruniform yang dianggotai oleh kanak-kanak dan remaja, yang mengajar mereka membentuk sikap berdikari dan berperwatakan baik; 2. anggota persatuan ini; 3. orang yang mengintip seseorang atau sesuatu di sesuatu tempat untuk mencari atau mendapatkan maklumat.Makna24.12.2022
Assalamuaikum tuan, adakah supu (paduan bagi "sudu" dan "garpu") dan gardu (paduan bagi "garpu" dan "sudu") boleh dipakai sebagai padanan "spork" (daripada "spoon + fork") dalam bahasa Inggeris? Terima kasih.
Dalam bahasa Melayu ada beberapa perkataan yang merupakan akronim yang diterbitkan melalui proses penggabungan suku kata atau bahagian kata beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan lain, misalnya pawagam dan berdikari. Walau bagaimanapun, perkataan supu yang merupakan gabungan singkatan bagi sudu dan garpu masih tidak kedapatan dalam korpus bahasa Melayu. Pembentukan kata akronim seperti ini perlu diselaraskan dan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya serta tertakluk kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Istilah02.08.2023

Kembali ke atas