Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.do.la/.da.li/] | بردولق-داليق

Definisi : bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yg sama): dia tetap ~ apabila disoal kerana takut keadaan yg sebenar tentang dirinya diketahui orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.do.la/.da.li/] | بردولق-داليق

Definisi : memberikan alasan yg berbeza-beza mengenai perkara yg sama: Dia lurus dan tidak pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdolak-dalik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Guru disiplin meragui kejujurannya kerana penjelasan yang diberikan _________. [ berbelit-belit / berputar-putar / berdolak-dalik / berpusing-pusing. ] Adakah semua jawapan boleh diterima betul? Bagi saya, semua betul. Jika semua betul, adakah wujudnya jawapan terbaik dalam ayat tersebut? Pencerahan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih

Jawapan yang tepat untuk soalan tersebut ialah berdolak-dalik. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web PRPM

Lain-lain22.01.2022
Hal ini demikian kerana apabila seseorang guru...Soalan 1 : Bolehkah kata 'kerana + apabila' dalam sesuatu ayat? Soalan 2 : 'kerana' dalam ayat tersebut kata keterangan atau kata hubung?Kerana dan apabila ialah kata hubung keterangan dan kita harus ingat kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza dan sudah pastilah penggunaannya pun tidak sama. Oleh itu, kata keterangan kerana dan apabila boleh hadir dalam satu ayat. Contoh ayat: "Tentulahlah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza" dan "Dia tetap berdolak-dalik apabila disoal kerana takut keadaan yang sebenar tentang dirinya diketahui orang".Tatabahasa29.05.2011

Kembali ke atas