Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdua

Puisi
 

Berdua-dua berjalan malam,
     Kain disidai di rumah sebelah;
Mabuk arak dari semalam,
     Main mabuk bila nak sudah?


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Berdua mendatangkan perbantahan.

Bermaksud :

Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong berikan ayat contoh bagi penggunaan perkataan-perkataan berikut. (a) berdua-dua (b) berdua1. Contoh ayat berdua-dua - Mereka masuk ke bilik darjah berdua-dua.
2. Contoh ayat berdua - Mereka berdua saja yang tinggal di rumah itu.
Lain-lain09.11.2015
Salam sejahtera . Kalian berdua atau kamu berdua yang betul? Terima kasih.Kedua-dua perkataan "kalian berdua" dan "kamu berdua" adalah betul dari segi penggunaannya dalam bahasa Melayu.Tatabahasa04.04.2013
Saya telah mengajukan soalan ini namun jawapan yang diberi tidak menjawab soalan saya. Saya ingin tahu: 1. Awak berdua/Kamu berdua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? 2. Awak semua/Kamu semua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? Sebabnya, dalam Khidmat Nasihat, ada jawapan yang mengatakan "awak berdua" adalah salah, yang betul adalah "kamu berdua". Jawapan lain pula mengatakan "awak semua/Kamu semua" kedua-duanya betul. Ini menyebabkan kekeliruan.
Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanapun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Contoh ayat ialah:
  • "Di manakah kamu/awak bersekolah?"
  • "Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik"
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, puan bolehlah merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa28.06.2021
Boleh saya dapatkan pengesahan berikut dalam konteks terjemahan sari kata: 1. Awak semua / Kamu semua - berdasarkan pencarian saya, kedua-duanya diterima, betul? 2. Awak berdua / Kamu berdua - Soalan ini pernah ditanya dalam Khidmat Nasihat, jawapan yang diberikan ialah "Kamu berdua". Jika demikian, mengapa "Awak semua/Kamu semua" diterima dalam 1?
Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanapun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Contoh ayat ialah:
  • "Di manakah kamu/awak bersekolah?"
  • "Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik"
Tatabahasa26.06.2021
Ini kali ketiga saya mengajukan soalan yang sama dan jawapan tidak menepati soalan. Minta kerjasama untuk membaca soalan dan bukan sekadar copy paste jawapan. Saya tidak menanyakan perbezaan "awak" dan "kamu", saya menanyakan penggunaannya dalam konteks di bawah. Saya ingin tahu: 1. Awak berdua/Kamu berdua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? 2. Awak semua/Kamu semua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? Sebabnya, dalam Khidmat Nasihat, ada jawapan yang mengatakan "awak berdua" adalah salah, yang betul adalah "kamu berdua". Jawapan lain pula mengatakan "awak semua/Kamu semua" kedua-duanya betul. Ini menyebabkan kekeliruan.Puan yang budiman,

Penggunaan awak berdua/kamu berdua dan awak semua/kamu semua adalah boleh digunakan tetapi perlu merujuk konteks penggunaan kata berkenaan. Sila rujuk penerangan sebelum ini atau puan boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk penerangan lebih lanjut. 
Tatabahasa29.06.2021
Salam sejahtera, saya nak tanya berdua ialah kata bilangan? ataupun berdua hanya kata terbitan?Perkataan "berdua" merupakan kata terbitan.Tatabahasa04.07.2023
Disini saya mempunyai soalan tambahan. Bolehkah Kata Bilangan hadir dengan pelbagai jenis Kata Terbitan? Contohnya. Kata Bilangan Himpunan "kedua-dua". Boleh hadir dengan Kata Terbitan seperti: 1. Kedua 2. Berdua-dua 3.Berdua Jika boleh, adakah selepas hadir dengan pelbagai kata terbitan, perkataan tersebut masih dikira sebagai Kata Bilangan. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kami ingin membetulkan istilah yang tuan gunakan.  Bukan Kata Terbitan tetapi imbuhan atau awalan.  Kata bilangan "dua" apabila ditambah dengan pelbagai imbuhan akan kekal sebagai kata bilangan, tetapi berubah dari segi ciri maknanya mengikut konteks ayat.Tatabahasa17.08.2016
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Ali mengira buku-buku itu berdua-dua. (b) Ali dan Abu berdua pergi ke sekolah. (c) Sesetengah tayar kereta besar dan bulat untuk jalan gunung. (d) Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya. (e) Kakak saya berjalan ke rumah kawannya.Ayat yang tepat dan gramatis:

1. Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya.
Tatabahasa06.11.2015
Selamat pagi. minta ajar... (Awak / Kamu) berdua pergi ke mana? kata Wei Ming kepada Zali dan Rani. terima kasih...Jawapan yang betul ialah: Kamu berdua pergi ke mana?Tatabahasa08.08.2017
Jali dan Annila menari tarian sumazau itu secara berpasangan. Maksud berpasangan yang manakah lebih tepat? Berdua-dua, bersama-sama, beriring-iring atau berdekat-dekat? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, berpasangan bermaksud berdua­-dua, sepasang-sepasang.

Contoh ayat:

Kasut itu disusun berpasangan.
Mereka datang ke kelab malam itu berpasangan.

Puan boleh merujuk kamus untuk makna perkataan.
Tatabahasa27.07.2020
123

Kembali ke atas