Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdua

Puisi
 

Berdua-dua berjalan malam,
     Kain disidai di rumah sebelah;
Mabuk arak dari semalam,
     Main mabuk bila nak sudah?


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Berdua mendatangkan perbantahan.

Bermaksud :

Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati.
Kurik Kundi Merah SagaBerdua-dua berjalan malam, Kain disidai di rumah sebelah; Mabuk arak dari semalam, Main mabuk bila nak sudah?
Kurik Kundi Merah SagaRusa ini rusa berdua, Terbit makan rumput manisan; Tiada jodoh kita berdua, Boleh anak kita berbesan.
Kurik Kundi Merah SagaHendak mandi marilah mandi, Satu sumur kita berdua; Hendak mati marilah mati, Satu kubur kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaHendak mandi mari mandi, Satu gayung kita berdua; Hendak mati mari mati, Satu kubur kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaBeras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan nak minum kopi, Satu cawan kita berdua; Kalau tuan rasa nak mati, Satu lubang kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan nak minum kopi, Satu cawan kita berdua; Kalau tuan rasa nak mati, Satu lubang kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaSayang berdua berjalan malam , Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain apa yang sudah?
Kurik Kundi Merah SagaKita berdua berjalan malam, Menyidai kain di rumah Encik Dollah; Mabuk arak sehari semalam, Mabuk main apakah sudah?
1234567

Kembali ke atas