Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dua.dua] | بردوا -دوا

Definisi : ® dua-dua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dua.dua] | بردوا -دوا

Definisi : tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dua.dua] | بردوا -دوا

Definisi : tiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdua-dua

Puisi
 

Ikan gelama dimasak tumis,
     Mari dimakan berdua-dua;
Kucing tertawa ayam menangis,
     Sebab bercinta si bujang tua.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Berdua terkunci,
     bertiga terbuka.

Bermaksud :

Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong berikan ayat contoh bagi penggunaan perkataan-perkataan berikut. (a) berdua-dua (b) berdua1. Contoh ayat berdua-dua - Mereka masuk ke bilik darjah berdua-dua.
2. Contoh ayat berdua - Mereka berdua saja yang tinggal di rumah itu.
Lain-lain09.11.2015
Jali dan Annila menari tarian sumazau itu secara berpasangan. Maksud berpasangan yang manakah lebih tepat? Berdua-dua, bersama-sama, beriring-iring atau berdekat-dekat? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, berpasangan bermaksud berdua­-dua, sepasang-sepasang.

Contoh ayat:

Kasut itu disusun berpasangan.
Mereka datang ke kelab malam itu berpasangan.

Puan boleh merujuk kamus untuk makna perkataan.
Tatabahasa27.07.2020
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Ali mengira buku-buku itu berdua-dua. (b) Ali dan Abu berdua pergi ke sekolah. (c) Sesetengah tayar kereta besar dan bulat untuk jalan gunung. (d) Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya. (e) Kakak saya berjalan ke rumah kawannya.Ayat yang tepat dan gramatis:

1. Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya.
Tatabahasa06.11.2015
Disini saya mempunyai soalan tambahan. Bolehkah Kata Bilangan hadir dengan pelbagai jenis Kata Terbitan? Contohnya. Kata Bilangan Himpunan "kedua-dua". Boleh hadir dengan Kata Terbitan seperti: 1. Kedua 2. Berdua-dua 3.Berdua Jika boleh, adakah selepas hadir dengan pelbagai kata terbitan, perkataan tersebut masih dikira sebagai Kata Bilangan. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kami ingin membetulkan istilah yang tuan gunakan.  Bukan Kata Terbitan tetapi imbuhan atau awalan.  Kata bilangan "dua" apabila ditambah dengan pelbagai imbuhan akan kekal sebagai kata bilangan, tetapi berubah dari segi ciri maknanya mengikut konteks ayat.Tatabahasa17.08.2016
Salam sejahtera . Kalian berdua atau kamu berdua yang betul? Terima kasih.Kedua-dua perkataan "kalian berdua" dan "kamu berdua" adalah betul dari segi penggunaannya dalam bahasa Melayu.Tatabahasa04.04.2013
definisi budaya berpasanganMerujuk Kamus Dewan, budaya ialah 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~; ~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa; Berpasangan pula ialah 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pasangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik. Walau bagaimanapun,budaya tersebut boleh didefinasikan mengikut konteks yang bersesuaian.Lain-lain01.09.2010
Apakah maksud "bebudak"?

Istilah "bebudak" tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Istilah yang ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah "berbudak" (istilah sastera lama) yang bermaksud  bersama budak: maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; dua ~ berdua dgn seorang budak.

Istilah01.07.2009
duo bintang @ dua bintang -hiburan tapi berduet/ berduacadangan-serangkai bintangIstilah30.12.2008
Umur Aina dan Ainin adalah sebaya kerana mereka berdua kembar. Maaf, saya ingin bertanya tentang kata tunggal yang terdapat di dalam ayat tersebut. Selain perkataan umur, adakah perkataa kembar juga adalah kata tunggal juga?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tunggal.Tatabahasa02.06.2020
Apakah kata ganti nama yang digunakan oleh putera/puteri negara lain ketika bercakap dengan raja/ratu negara lain? Adakah 'patik', 'beta' atau hamba?Dalam bahasa diraja, sesuatu peristiwa bahasa yang melibatkan komunikasi antara dua orang Sultan, gerak rujukan setara tidak berlaku. Ini kerana salah seorang daripada baginda berdua akan meletakkan diri Baginda sebagai rendah pangkat dari segi umur atau hubungan kekeluargaan.  Dengan demikian, salah seorang akan merujuk diri sendiri sebagai “adinda” atau “anakanda”, dan dengan itu Baginda yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “kakanda” atau “ayahanda”.   Tatabahasa30.11.2014

Kembali ke atas