Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.du.ka] | بردوک

Definisi : = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.du.ka] | بردوک

Definisi : = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berduka

Puisi
 

Kain pelikat belum berjahit,
     Menanti jarum dari Melaka;
Kami berduka belum baik,
     Menanti ubat dari kakanda.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK MANAPOURI

Tasik Manapouri ialah salah sebuah tasik yang

paling cantik di Pulau Selatan, New Zealand. Tasik

tersebut juga menjadi tapak stesen kuasa

hidroelektrik bawah tanah yang besar. Manapouri

ialah perkataan Maori yang bermakna tasik hati yang

berduka . Panjangnya 19 kilometer di bahagian yang

terpanjang dan lebarnya 10 kilometer di bahagian

yang terlebar dan dalamnya 433 meter. Tasik ini

dipenuhi pulau-pulau. Kawasan di sekitarnya

merupakan tempat peranginan yang popular.

UMUM 

Kembali ke atas