Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.du.ri] | بردوري

Definisi : mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri drpd kawat yg tajam-tajam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.du.ri] | بردوري

Definisi : ada durinya; mempunyai duri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berduri

Puisi
 

Terlepas talang berduri,
     Batang kandar di balik lombong;
Hari panas helang berbunyi,
     Badan terkenang mandeh kandung.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Duduk di ambung-ambung taji.

Bermaksud :

Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jaung Ibsejenis tumbuhan palma hutan yang berduri. Bentuknya seperti pokok salak dan buahnya masam.Lidi diperbuat daripada tulang sejenis palma yang dipanggil jaung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
manding Ibsejenis pokok yang batangnya keras dan berduri pada pangkalnya.Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
meruju Ibsejenis tumbuhan yang tumbuh di tepi pantai atau sungai, daun dan batangnya berduri.Tidak lama selepas kejadian ini Patinggi Ngadan pun berjalan-jalan ke kawasan hulu Layar. Semua karangan, tebing, mumbun dan meruju (jenis-jenis tumbuhan di tepi air) disemburnya dengan air. Sambil menyembur tebing-tebing ini dengan air dia berjampi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas