Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.r é.kor]/[ber.é.kor] | برايکور

Definisi : 1. mempunyai ekor, ada ekor; 2. ki berterusan akibatnya (kesannya dsb), berpanjangan, berlanjutan: baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke dlm mahkamah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.r é.kor]/[ber.é.kor] | برايکور

Definisi : 1 ada ekornya. 2 ki meleret; berpanjangan: Baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berekor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SEJENIS KERA YANG PANJANG TANGANNYA TETAPI TIDAK BEREKORKhidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan peraduan teka silangkata atau kuiz. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tersebut.Lain-lain27.04.2010
Apakah tebal boleh dipakai untuk menggambarkan kondisi bulu haiwan?Boleh. Contoh ayat, Beruang itu besar, berbulu tebal dan berekor kontot.Lain-lain30.08.2021
Adakah perkataan beruang mempunyai maksud lain? Adakah perkataan beruang adalah kata tunggal?Perkataan beruang adalah kata tunggal bagi 'beruang', bermaksud sejenis mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae. Perkataan beruang juga adalah kata terbitan bagi 'ruang', bermaksud mempunyai ruang yang kosong/lapang.Lain-lain13.01.2010
Salam: re: penggunaan kata "ia." Seorang Munsyi menjelaskan bahawa kata "ia" ialah kependekan untuk "dia," dan tidak boleh digunakan sebagai ganti/rujukan untuk kata nama atau frasa seperti "it" seperti dalam B Inggeris. Apakah panduan rasmi B Melayu?Untuk makluman, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Perdana. Berdasarkan rujukan tersebut, kata “ia” merupakan kata ganti nama diri ketiga iaitu, “dia” dan kata ganti nama bukan manusia.  Contoh, “Dan ia ada berekor seperti ekor kala jengking lagi bersengat”.Tatabahasa04.08.2023
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasihEjaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang.

perepat1

ڤرڤت n pedada (tumbuhan);
perepat laut pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan;
perepat merah perepat laut.


perepatڤرڤت Palembang ark n kawan.


pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat.

Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya.
Lain-lain12.03.2022

Kembali ke atas