Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rem.bang] | برمبڠ

Definisi : merembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rem.bang] | برمبڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg tumbuh di tepi pantai), berombang, gedalu, Sonneratia alba; buah ~ a) buah pokok berembang; b) bulatan pd puncak tiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berembang

Puisi
 

Buah berembang di atas para,
     Anak kumbang terlampai-lampai;
Memakai subang kusangka dara,
     Rupanya memang ditebuk tupai.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pokok berembang atau Sonneratia Caseolaris. Bagaimanakah ejaan yang betul bagi nama saintifiknya? Sonneratia caseolaris atau Sonneratia Caseolaris? Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Sonneratia caseolaris.Lain-lain22.10.2020
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasihEjaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang.

perepat1

ڤرڤت n pedada (tumbuhan);
perepat laut pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan;
perepat merah perepat laut.


perepatڤرڤت Palembang ark n kawan.


pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat.

Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya.
Lain-lain12.03.2022

Kembali ke atas