Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rem.bang] | برمبڠ

Definisi : merembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rem.bang] | برمبڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg tumbuh di tepi pantai), berombang, gedalu, Sonneratia alba; buah ~ a) buah pokok berembang; b) bulatan pd puncak tiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berembang

Puisi
 

Buah berembang di atas para,
     Anak kumbang terlampai-lampai;
Memakai subang kusangka dara,
     Rupanya memang ditebuk tupai.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gasing berembanggasing berembangSukanTiadaGasing yang bahagian tubuhnya berbentuk seperti buah berembang, berbahu tebal, bahu dan pataknya yang agak rendah.
kelarai bunga berembangkelarai bunga berembangKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga berembang, lazimnya digabungkan dengan motif mata ketitir yang dijadikan inti.
magasawihmagasawihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Duabangsa spp. daripada famili Sonneratiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung berembang bukit, di Sabah ialah magas dan tagahas, dan di Sarawak ialah sawih. Hanya dua spesies yang menghasilkan kayu ini , iaitu Duabanga grandiflora, yang terdapat di Semenanjung dan D. moluccana, yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu magasawih biasanya lebih muda warnanya dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah. Tekstur kayunya kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ini mudah diproses, dan dikerjakan tetapi mempunyai kadar kecutan yang tinggi. Ketahanan semula jadinya kurang baik dan kayu ini sukar diawet. Kayu magasawih sesuai digunakan untuk papan, kotak dan papan lapis.
perapatperapatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Sonneratia spp. daripada famili Sonneratiaceae. Spesies utamanya termasuk Sonneratia alba, S. caesolaris dan S. ovata. Nama tempatannya di Semenanjung ialah berembang dan gedabu, dan di Sabah ialah pedada dan peraput laut. Gubal kayu perapat berwarna kelabu bagi spesies S. alba dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, sementara S. caesolaris mempunyai gubal kayu dan teras kayu yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya halus dan rata, dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan,dikemas siap, dan dikeringkan, dengan ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu perapat sesuai untuk lantai dan perabot.
habitathabitatHerbaBotani dan BioteknologiKawasan atau persekitaran yang didiami oleh populasi atau individu sesuatu spesies. Faktor cuaca, makanan yang bersesuaian dan tempat berteduh merupakan ciri penting bagi sesuatu habitat. Faktor ini mestilah memenuhi kehendak rantaian hidup setiap spesies di habitat tersebut. Contohnya, hutan paya bakau merupakan habitat bagi pokok berembang dan pedada.

Kembali ke atas