Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bérés) 1. teratur, rapi, tidak kacau: kehidupan kau masih belum ~ lagi; 2. selesai (perselisihan, hutang, dll): pertikaian dgn adiknya belum ~ lagi; hutang telah ~; tahu ~ bp tidak usah gaduh (semuanya akan beres);membereskan 1. mengusahakan dsb supaya teratur (sempurna, kemas, dsb), mengatur, merapikan: ~ semua yg perlu utk mesyuarat; 2. menyelesaikan (perselisihan, hutang, dll): hutangnya sampai sekarang belum dibereskan lagi;keberesan kerapian, ketertiban, keselesaian; pemberesan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membereskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (berés) Mn ark sangat sejuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /bérés/ 1 teratur baik-baik; tidak kusut atau tidak kacau; rapi: Rumah tangganya ~. 2 sudah diselesaikan: Kerjamu itu belum ~ lagi. membereskan 1 mengatur baik-baik; merapikan. 2 mengurus hingga selesai; menyelesaikan (perkara, hutang dsb). keberesan keadaan beres; kerapian. pemberesan perbuatan atau hal membereskan; penyelesaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beres


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Encik Kim berasa lega ( sekali / sungguh / nian ) kerana semua kerjanya telah beres. Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.Encik Kim berasa lega sekali/sungguh kerana semua kerjanya telah beres. - sekali atau sungguh adalah betul Tatabahasa20.05.2011
Sumpel, Cangkang II, Kecut III, Kuping I (alat pancaindra utk mendengar), Kopok II, Cetek, Adem, Langka, Encok, Melek, Dandan I, Rojak, Jengkol, Sambal, Kontol, Kutil, Kodok, Bebek, Cindil, Samper, Umpet, Copet, Culik, Warung, Begal, Colong, Kebut II, Keteter, Rombongan, Gotong, Beres, Apik, Luwes, Kelilipan, Tengik, Ciut II, lirih, Mandek, Sangar, Tempe, Kolak, Gendut, Bongsor, Cebol, Becek, Beser, Gosong II, Bacin, Langu, Itil, Goblok, Kuntul II, Gabah I, Bekatul, Salin, Pesek, Keluyuran, Kalis, Badut, Kemaruk, Dupak, Jejer, Rongsok, Rongsokan, Lumrah, Kepincut, Bakal, Rembuk, Pundak, Congor, Colot, Rajungan, Yuyu, Ujar, Jebol, Lalap I, Enteng (Asli Bahasa Jawa, Berasal dari Bahasa Jawa [Jw] )Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata tersebut.Lain-lain25.04.2023

Kembali ke atas