Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fi.kir] | برفيکير

Definisi : menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fi.kir] | برفيکير

Definisi : bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfikir

Puisi
 

Orang Kedah hilir berdikir,
     Sapu tangan bungkuskan bunga;
Apa sudah duduk berfikir,
     Lepas tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Perut kosong penggilap otak.

Bermaksud :

Lapar menyebabkan orang berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Topi berfikir : Pembaca membayangkan apabila mereka memakai topi berfikir, mereka mesti boleh berfikir. Soalan saya, sekiranya dalam ayat, bagaimanakah cara penulisan 'topi berfikir' itu. a) Saya suka kaedah menggunakan enam 'topi berfikir'. b) Saya suka kaedah menggunakan enam topi berfikir. c) Saya suka kaedah menggunakan enam 'Topi Berfikir.' D) Saya suka kaedah menggunakan enam Topi berfikir.Saya suka kaedah menggunakan enam "Topi Berfikir".Ejaan10.10.2011
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih.KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Ejaan21.09.2018
1)PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH 2)PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH yang mana lebih tepat (perbezaan perkataan adalah DALAM)Ganti DALAM kepada BAGI.

Ayat yang betul:

PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH.
Lain-lain02.03.2021
Salam, saya ingin semak cara yang tepat untuk menggunakan perkataan "kritis" dalam sesebuah ayat. Contoh ayat yang telah saya gunakan untuk video promo: 1) Berpemikiran Kritis? 2) Kemahiran berfikir kritis? 3) Kemahiran berfikir secara kritis? Adakah betul penggunaan seperti diatas? Terima Kasih.Ketiga-tiga ayat yang digunakan betul.Tatabahasa23.07.2020
belajar merupakan proses berfikir melalui operasi minda kepada maklumat. apakah kesalahan tatabahasa bgi ayat ini? berfikir ditukar kepada pemikiran?Ayat tersebut tidak mengandungi kesalahan. Harap maklum.Tatabahasa14.07.2008
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita.1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan.

2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita.
Tatabahasa06.03.2012
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih.Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud:
1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.”
2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya."

Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
Tatabahasa26.11.2019
Jika dalam dialog, bolehkah digunakan simbol ini '...' untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika?Tanda (...) dipanggil ellipsis yang menandakan terdapat pengguguran kata dalam teks. Ia boleh digunakan dalam dialog, akan tetapi bukannya bermakna untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika. Untuk lebih jelas, rujuk Gaya Dewan, terbitan DBP pada halaman 71.Tatabahasa28.10.2015
Apakah perbezaan antara budaya dengan kebudayaan? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan budaya bermaksud: i. tamadun, peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi).Makna05.04.2011
Selamat tengah hari. Sekadar ingin bertanya. Adakah ejaan perkataan "lembab" (lambat berfikir) telah digantikan dengan "lembap"? Jika benar, ada baiknya pihak tuan mengubah entri di dalam DBP tersebut (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lembab). Teruskan usaha murni DBP. Terima kasih. Yang benar, HamdanData kami menyenaraikan maklumat daripada pelbagai sumber seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Bagi mendapatkan maklumat yang sahih, kami mencadangkan tuan mengambil maklumat daripada Kamus Pelajar. Merujuk Kamus Pelajar, lembab bermaksud lambat berfikir. Lembap pula membawa banyak maksud, antaranya tidak cekap atau tidak cergas dalam menjalankan tugas dan melaksanakan pekerjaan. Tidak ada maksud yang benar-benar sama bagi kedua-dua perkataan tersebut.Tatabahasa09.12.2014
123456789

Kembali ke atas