Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fi.kir] | برفيکير

Definisi : menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fi.kir] | برفيکير

Definisi : bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfikir

Puisi
 

Orang Kedah hilir berdikir,
     Sapu tangan bungkuskan bunga;
Apa sudah duduk berfikir,
     Lepas tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Perut kosong penggilap otak.

Bermaksud :

Lapar menyebabkan orang berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thinking skillkemahiran berfikirPendidikanTiadaProses berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah.
innovative thinkingpemikiran inovatifPengurusanPerancanganKeupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai �berfikir di luar kotak�. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju.
mentalitycara berfikirPendidikanTiadaTiada
thinking beingmanusia berfikirSosiologiTiadaTiada
problem-solving decisionkeputusan penyelesaian masalahPengurusanPerancanganKeputusan yang dibuat oleh seseorang pengurus dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam organisasi. Proses ini melibatkan kemahiran berfikir untuk mengenal pasti dan memahami punca masalah dan menganalisis alternatif yang ada sebelum membuat keputusan penyelesaian masalah. Masalah yang rumit dan kompleks mungkin memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi, sumber maklumat yang mencukupi dan aplikasi teknik atau peralatan yang bersesuaian.
intellectintelekKesusasteraanTiadaKemampuan berfikir dan memahami tentang sesuatu.
dialecticdialektikKesusasteraanTiadaCara berfikir dan mengemukakan suatu kebenaran dengan alasan yang nyata.
mindmindaPendidikanTiadaKeupayaan berfikir untuk mengeluarkan idea.
egocentrismegosentrismePerubatanTiadaKecenderungan berfikir dan memfokus pada diri sendiri sahaja tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
psychometricspsikometriPerubatanTiadaPengukuran kepintaran berfikir seseorang. Sin: psikometrik
12345

Kembali ke atas