Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fir.man] | برفرمان

Definisi : bersabda, bertitah memberi amaran: Tuhan telah ~ “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.”; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fir.man] | برفرمان

Definisi : bersabda; bertitah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfirman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah tanda baca koma (,) atau titik bertindih (:) yang harus digunakan apabila ada dialaog. contohnya; Allah berfirman: “Wahai Iblis! Mengapakah engkau tidak bersama-sama mengikut malaikat yang sujud?!”. ATAU Allah berfirman, “Wahai Iblis! Mengapakah engkau tidak bersama-sama mengikut malaikat yang sujud?!”. Merujuk semakan tanda koma harus digunakan sebelum adanya dialog. sebelum tanda pembuka kata (") dan penutup kata (") dalam cakap ajukAllah berfirman, “wahai Iblis! Mengapakah engkau tidak bersama-sama mengikut malaikat bersujud?" Tatabahasa28.08.2020
Adakah kata ganti diri pertama alternatif untuk merujuk kepada Allah? Sebagai contoh Allah berfirman: Berdoalah kepada-Ku. Adakah alternatif untuk "Aku" atau "Ku" ketika Tuhan merujuk kepada zat-Nya sendiri? Seperti "beta"? Adakah juga alternatif bagi kata ganti diri pertama untuk Nabi?Kata ganti nama diri orang pertama untuk Allah dan nabi ialah “aku”. Walau bagaimanapun, jika merujuk Allah permulaan huruf hendaklah dieja dengan huruf besar, iaitu “Aku”, manakala untuk nabi pula kesemua huruf dieja dengan huruf kecil. Tatabahasa25.09.2023
Kata singkat ku pada awal boleh ditulis sebagai kumakan, kusanjung dan lain-lain. Bagaimanakah Ku-firman untuk Tuhan, perlu disusuli tanda sempang seperti dalam contoh Ku-firman? Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih Dr S. NathesanDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, firman bermaksud kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah).

Kata ganti singkat yang ditulis dengan permulaan huruf besar, iaitu -Ku, -Mu dan -Nya ialah kata ganti nama diri bagi Allah dan Tuhan dan lazimnya  terletak di hujung perkataan seperti hidayah-Nya, rahmat-Nya dan balasan-Ku. 
Sekiranya diletakkan di hadapan, lazimnya menggunakan seperti Allah SWT berfirman...
 
Tatabahasa23.08.2017
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan kerasionalan penggunaan huruf besar/kecil bagi perkataan "iblis". Dalam DBP memang dinyatakan penggunaan huruf kecil. Namun, jika dilihat pada ayat al-Quran dan ahli syariah, secara peribadinya saya merasakan PENGGUNAAN HURUF BESAR LEBIH TEPAT. Contoh 1: Ertinya: “Iblis berkata, ‘Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).’ (14) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).’ (15) Kemudian, iblis berkata, ‘Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan berusaha menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. (16) Kemudian, aku benar-benar akan mendatangi mereka dari arah hadapan atau belakang mahupun dari arah kanan atau kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)’” (Surah al-A‘raf 7: 14-17) Contoh 2: Menurut Ibn ‘Abbas, iblis dinamakan ‘Azazil dalam kalangan malaikat. Dia ialah malaikat yang tinggi darjatnya, paling kuat beribadat dan memiliki empat sayap. Namun setelah dilaknat, dia dikenali sebagai iblis. Ayat-ayat tersebut menunjukkan iblis sebagai individu jin bukannya sekumpulan jin/syaitan jahat. Jadi, mungkinkah sewajarnya ejaan iblis itu dieja dengan huruf besar (Iblis)? Sekian, terima kasih.Iblis dikategorikan sebagai kata umum sama seperti malaikat. Iblis dieja dengan huruf besar sekiranya disandarkan dengan jenis iblis seperti Iblis Zalanbur, begitupun lazimnya disebut Zalanbur sahaja. Malaikat juga dieja dengan huruf kecil, namun nama malaikat ditulis dengan huruf besar seperti Izrail.Tatabahasa08.08.2020
apakh maksud nasuha?

Nasuha merupakan nama satu watak dalam suatu kisah benar. Dalam cerita tersebut Nasuha telah membuat sesuatu kesalahan dan apabila dia menyedari akan kesalahan tersebut beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat yang tiada orang sebelumnya bertaubat sepertinya. Taubatnya itu diterima Allah. Dan namanya itu sering dikaitkan dengan taubat: 'Taubat Nasuha' yang bermaksud "semurni-murni taubat". Dalam surah at-Tahrim ayat 8, Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'taubat nasuha', Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai

Makna18.05.2009

Kembali ke atas